Ribuan Rakyat Bahrain Anjur Protes Pada Musim F1 Berlangsung

Beribu-ribu rakyat Bahrain telah berhimpun menunjukkan perasaan berhampiran ibu negaranya, Manama, menggesa reformasi demokratik, sebahagian daripada siri protes yang dirancang oleh parti politik pembangkang, menjelang pertandingan kereta lumba 'Grand Prix Formula One' (F1)minggu depan.

Di bawah panji-panji "Demokrasi adalah hak kami," orang ramai berarak di kawasan penganut Syiah di selatan ibu negara itu, mengibarkan bendera Bahrain dan melaungkan slogan anti-raja pada hari Jumaat 12 April.

Polis menjauhkan diri dari demonstrasi tersebut apabila penunjuk perasaan mengecam raja Hamad bin Issa al-Khalifa dan bapa saudaranya Perdana Menteri Sheikh Khalifa bin Salman al-Khalifa.

"Anda tidak mempunyai hak kekuasaan," laung mereka.

Blok pembangkang utama Syiah Bahrain, Al-Wefaq, menganjurkan protes sebagai sebahagian daripada demonstrasi yang berlangsung dari 12 - 22 April berkebetulan dengan 'Grand Prix Formula One' (F1) yang diadakan pada 19 - 22 April.

Sheikh Ali Salman, ketua Al-Wefaq yang turut hadir bersama dalam protes itu berkata, tindakan itu bertujuan untuk menyokong "permintaan untuk peralihan demokrasi".

"Kami tidak mahu untuk berhimpun terlalu lama, tetapi kita cuba untuk mendapat manfaat daripada kehadiran ramai pihak media antarabangsa," katanya.

Salman menggesa penyokongnya untuk menghadiri demonstrasi yang dirancang pada 19 April ini, sewaktu pembukaan acara F1 bermula di Litar Sakhir selatan Manama.

Kumpulan pembangkang kedua,  yang bernama 'Pergerakan 14 Februari' telah menganjurkan protes pada hari Khamis malam  11 April, di sebuah kampung bernama Khamis yang telah disuraikan oleh pihak polis.

Pemerhati Hak-hak Asasi Manusia melaporkan, pihak polis mengepung 'secara bulatan' para demonstran yang mengadakan demonstrasi pada Khamis malam dalam usaha menyuraikan himpunan aktivis pro-demokrasi berkenaan.

Ulasan