KUALA TERENGGANU -
Pilihanraya Umum Kali Ke-13 di peringkat negeri Terengganu mencatat
sejarah apabila menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada lapan kerusi,
dua di peringkat parlimen dan enam di peringkat kerusi Dewan Undangan
Negeri (Dun).
Setelah tamat tempoh penamaan calon yang bertanding kira-kira jam 11.00 pagi hari ini Sabtu 20 April, pertembungan tiga pihak didapati berlaku pada kerusi , P36 Parlimen Kuala Terengganu dan P39 Dungun serta Dun Kota Putra (N2), N6 Permaisuri, N11 Seberang Takir, N17 Alor Limbat, N24 Ajil dan N25 Bukit Besi.
Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PAS, BN dan Bebas sebagaimana PRU12 tahun 2008, lalu.
Calon bebas sensasi, Maimun Yusuf, 94 [Gambar kanan dua dari atas] akan berhadapan dengan PAS yang diwakili oleh Kerabat Diraja, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Ahmad dan calon BN, Mohd Zuber Embong.
Sebelum ini, kerusi parlimen tersebut disandang oleh Mohd Abdul Wahid Endut dari PAS yang dimenanginya pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu selepas kematian Dato’ Razali Ismail-BN yang meninggal dunia pada 28 Novmber 2008.
Di Dun Kota Putra, perlawanan berlaku antara calon-calon PAS, BN dan PKR yang sebelum ini disandang oleh parti Barisan Nasional.
Calon PAS iaitu Ustaz Adam Mat Said, lawan calon BN Mohd Mahdi Musa dan Drs Mohamed Abdul Ghani Ibrahim dari PKR.
Dun Permaisuri (N6), Dato’ Mohd Jidin Shafie dari BN akan ditentang pencabarnya dari PKR, Wan Mokhtar Wan Ibrahim serta calon bebas, Mohd Yusup Majid [Gambar kanan 3 dari atas].
Mohd Yusop Majid merupakan bekas Ahli Parlimen BN-Setiu tahun 2004 hingga 2008 yang juga seteru kepada Dato’ Mohd Jidin.
Begitu juga dengan Dun Seberang Takir, calon BN iaitu Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman akan ditentang oleh calon PAS, Ustaz Zakaria Dagang dan PKR, Ahmad Nazri Mohd Yusof.
Calon kerusi N17 Alor Limbat turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN sebagai penyandangnya dengan PAS dan calon Bebas.
Calon penyandang BN, Alias Abdullah akan berhadapan dengan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman dan calon Bebas, Jaafar Jambol [Gambar Kanan dua dari bawah].
Calon Barisan Nasional Razali Taib akan berhadapan dengan tiga penjuru di kerusi N24 Ajil dengan calon PAS, Ustaz Mohd Razki Haji Yah @ Alias dan Mohd nuhairi Muhammad (bebas) [Gambar paling bawah].
Ini kerana, sebaik sahaja BN Terengganu mengumumkan calon-calonnya yang bertanding PRU13, berlaku protes calon di beberapa kawasan termasuk di kalangan penyokong Umno di Dun Ajil.
Di P39 Dungun, bukan sahaja berlaku pertembungan tiga penjuru di peringkat parlimennya tetapi turut melibatkan dua Dun iaitu N25 Bukit Besi dan N26 Rantau Abang.
Dun Bukit Besi akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Rosli Daud dengan calon PAS, Roslan Ismail dan Mohd Shamsul Mat Amin dari parti PKR.
Sejarah pilihan raya PAS Terengganu pernah membuktikan ‘kubu’ kuat Umno di Dun Bukit Besi pernah ditawan oleh PAS melalui calonnya, Roslan Ismail pada tahun 1999.
Manakala, kerusi N26 Rantau Abang turut ditandingi oleh calon Bebas, Mazlan Harun, calon dari PAS, Alias Harun dan penyandangnya, Dato’ Za’abar Mohd Adib (BN).

Ulasan