Tuduhan Rasuah Yang Membabitkan Pemimpin Umno Terengganu

http://buletinonline.net/v6/images/berita/mercutandakemaman3.jpgKUALA TERENGGANU - Tuduhan melakukan penyelewengan dan rasuah pembalakan terhadap Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said bukanlah tuduhan rasuah yang pertama terhadap pemimpin Umno Terengganu.

Pada  2 Ogos tahun 2009, ADUN Kemasik ketika itu, yang kini dipilih semula menjadi calon BN Dun Kemasik, Rosli Othman dan pembantunya Ramli Abdullah telah ditahan oleh pihak SPRM kerana dilaporkan terlibat dengan rasuah.

Rosli, Ketua UMNO Bukit Kukuran, yang juga Timbalan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Terengganu, telah ditahan pada jam 9.30 pagi bersama wang tunai RM5,000 di sebuah hotel di Kemaman oleh pegawai SPRM dan dan kemudian dibawa ke balai polis Kemaman.


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/dewan%20seri%20amar%20chukai.jpgRosli dan Ramli dibawa ke Mahkamah majistret Kemaman pada 3 Ogos utuk di reman bagi siasatan dakwaan seorang kontraktor membayar rasuah RM20,000 sebagai sogokan mendapatkan projek lanskap untuk Cekal Sekitar Sdn Bhd.

Bekas Adun Kijal yang kini menjadi calon BN Dun Kijal, Ahmad Said ketika bergelut dengn kemelut perlantikan Menteri Besar pada Mac 2008 telah disebut oleh  sebuah stesyen TV sebagai terlibat dengan rasuah.

TV3 menyiarkan, ada seorang ADUN daripada Kijal yang terlibat dengan tiga rasuah, yang pertama pembinaan Mercu Tanda Kemaman [Gambar Atas Kanan], yang terletak di hadapan Balai Bomba, projek yang berharga RM 3.99 juta

Dua kes lagi sebagaimana didakwa oleh stesyen TV tersebut adalah melibatkan pembinaan Dewan Seri Amar di bandar Chukai [Gambar kiri] dan pembangunan Bandar Baru Kijal [Gambar bawah kanan].

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/bandar%20baru%20kijal.jpgSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12 June, 2009 mengesahkan, siasatan berhubung isu rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) membabitkan dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan hasil siasatan itu dan telah merakamkan keterangan kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu.

Menurutnya, SPRM turut mengambil dokumen berkaitan projek pembinaan lebuh raya berkenaan membabitkan kedua-dua mereka.

"Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan SPRM untuk tindakan lanjut," katanya ketika dipetik Utusan Malaysia.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/skandal%20balak%20trg.jpgDifahamkan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan ketika datang ke pejabat SPRM Shah Alam untuk memberi keterangan kira-kira pukul 11 pagi 11 Ogos, 2009.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Pada 22 November 2007, Pengarah BPR (kini SPRM) negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007.

Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap.

Laporan tentang penyelewengan dan rasuah pembalakan kepada pihak SPRM negeri Terengganu teah dikemukakan bukan sahaja dengan cakap-cakap kosong.

Dua dokumen telah diserahkan berkaitan 12 (syarikat) pembalak yang dikehendaki membayar setiap syarikat sebanyak RM2.5 juta kepada sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur.

Dengan itu bermakna, selain membayar secara rasmi premium balak kepada kerajaan negeri Terengganu, dokumen berkaitan menunjukkan bagaimana syarikat pembalakan kena bayar ‘under table money’ sebanyak RM2.5 juta.

Ulasan