Umno dan BN Sudah Tidak Mampu - Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Datuk%20Muhamad%20Nazli.jpgKUALA TERENGGANU - Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Malaysia Dato' Muhamad Nazli Abdul Majid berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak mampu lagi memimpin negara ini kerana telah banyak melakukan salah guna kuasa dan rasuah.

Menurutnya, beliau tinggal di bandar Paka, Dungun Terengganu, yang terdapat kawasan perindustrian gas dan minyak yang besar, namun setelah 35 tahun kegiatan petroleum dijalankan di negeri Terengganu, ia tidak membawa perubahan yang besar kepada badar tersebut.

"Kalau kita lihat kerajaan (Umno dan Barisan Nasiona - BNl) yang ada sekarang ini sudah tidak mampu lagi untuk menjadi pemimpin negara kita oleh kerana projek-projek yang dilaksanakan penuh dengan salah guna kuasa dan rasuah,



"saya duduk di Paka, sebelah rumah saya ada 'oil and gas industry', kilang minyak dan gas........tetapi kita lihat bandar Paka itu tidak ada banyak perubahan dari(pada) masa yang dulu (lalu),"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di pasar malam kampung Cendering dekat sini, dalam gerak kerja kempen pilihanraya umum kali yang ke-13, pada Selasa petang 23 April. [Lihat Video]
Bersama beliau adalah, calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri N.16 Batu Burok dan calon PAS bagi kawasan parlimen P.036 Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah.

Sehubungan itu, beliau berkata, Umno dan BN juga, selaku sebuah kerajaan gagal melihat kepentingan hidup rakyat seharian yang semakin tertekan akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Sebaliknya, menurut beliau, pemimpin Umno-BN hanya melihat perlaksanaan projek-projek besar, yang boleh menguntungkan pihak-pihak tertentu.

"(pemimpin Umno-BN) tidak bercakap tentang kehidupan sehari-harian rakyat.......macamana rakyat nak cari duit lebih........macamana anak-anak kita (apabila) keluar (dari) universiti nak dapat kerja.......tidak,"tambahnya.
Justeru, beliau yang telah mengisytiharkan dirinya menyertai PAS pada bulan Februari lalu, mengajak rakyat membuat perubahan menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat pada hari pengundian 5 Mei depan.

Ulasan