Umno Jijik dan Kotor; Jadikan Video Seks Sebagai Bahan Kempen

KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu terkejut dengan dakwaan beberapa pihak yang mendakwa video lucah telah ditayangkan di markas Barisan Nasional (BN) di negeri ini sepertimana laporan akhbar Sinar Harian pada 24 April lalu.

Bagi pihak DPPNT, penayangan video lucah yang dikatakan mirip seorang pimpinan PAS itu merupakan satu cara berkempen yang kotor dan tidak beretika.



"Pihak DPPNT mendapat maklumat melalui media sosial bahawa antara tempat yang membuat tayangan video lucah tersebut adalah di Dun Seberang Takir pada 22 April lalu.

"DPPNT mendesak pihak polis melakukan siasatan dakwaan tayangan video lucah tersebut. Ini memandangkan program tayangan secara terbuka atau ceramah memerlukan permit. Apakah perkara ini sengaja didiamkan atau memang pihak polis tidak boleh bertindak terhadap BN?,"ujar Ketua DPPNT, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

DPPNT menganggap kempen lucah dan fitnah yang dilakukan merupakan budaya dalam Umno yang sepatutnya menjadi penilaian pengundi untuk menolak BN pada 5 Mei nanti.

Oleh itu, DPPNT mempertikaikan suara dan pendirian ulama’ UMNO yang berdiam diri berleluasanya budaya fitnah dan kempen kotor yang wujud di dalam UMNO. Pada masa yang sama mengeluarkan fatwa yang mengelirukan dengan mengharamkan mengundi Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Zakaria Dagang megesahkan taktik kotor yang telah digunakan oleh BN bahkan beliau mendakwa seolah-olah calon BN bagi Dun Seberang Takir merupakan juara 'maksiat' tersebut.

"dalam tempoh kempen ini, Umno dan Barisan Nasional telah menggunakan taktik yang kotor dengan penayangan video luah kepada umum melaului ceramah-ceramah mereka,

"dimana calon BN sendiri seolah-olah mereka yang menjuarai atau yang tukang bawa video-video lucah untuk ditayangkan dalam ceremah-ceramah,"jelasnya yang juga merupakan calon PAS Dun Seberang Takir. [Lihat video]

Oleh itu, beliau berharap polis dan pihak berkuasa terbabit mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan perbuatan itu.

Beliau turut menyeru supaya rakyat dan para pengundi membuka mata dan minda, menilai parti Umno dan Barisan Nasional agar dapat membuat pilihan yang tepat pada hari mengundi 5 Mei depan.

"mereka seolah-olag terdesak menggunakan taktik yang begitu kotor dan lucah (dan) saya percaya orang Seberang Takir tidak boleh menerima dan InsyaAllah dengan kesedara ini rakyat dapat membuat pilihan (mengundi calon) yang tepat,"tegasnya

Ulasan