Ustaz Roslan Harap Dapat Menyambung Khidmat Yang Terputus

DUNGUN - Seorang tua penyokong Barisan Nasional (BN) yang dianggap sebagai pokok tempat orang-orang kampung Pasir Raja, terletak kira-kira 68 kilometer dari sini, telah meninggal dunia dan membentuk pola kecenderungan politik baru di kalangan penduduk di situ.

Menurut bekas Adun PAS Kawasan Bukit Besi dari tahun 1999 - 2004, Ustaz Roslan Ismail, ia memberikan peluang yang lebih luas kepada kempen PAS pada pilihanraya umum kali ini.

"AlhamduliLlah, sehingga di (Kampung) Pasir Raja ini saya mendengar 'risik' katanya (dilaporkan) memang berlaku perubahan besar terutama sekali kerana orang sini sebut 'tunggul' lah sudah meninggal, jadi yang saya jumpa tadi termasuklah orang-orang kuat Umno,

"tapi mereka anggap 'pokok besar' tempat mereka bergantung itu (telah) tidak ada.......dari sini telah membentuk pola (sokongan) baru (memberiakn peluang) semalam saya membuat program di Kampung Pinang.....kehadiran itu cukup memberangsangkan,"jelasnya.

Beliau yang dipilih semula oleh PAS untuk menjadi calon kerusi Bukit Besi dalam pilihanraya umum kali ke-13 tahun ini, berkata demikian ketika menerangkan kedudukan politik dalam Dun terbabit, khususnya di kawasan pedalaman.

Disamping itu, katanya, peluang PAS untuk kembali memangi Dun tersebut kerana terdapat perpecahan dalam Umno, perbalahan yang ketara di antara penyokong Dato' Din Adam dengan penyokong Rosli 'Dayak'.

"menang sangat bear masalah (pertelingkahan) itu dan kami telah didatangi rakan-rakan (Umno) ini dan ia akan beterusan (cuma) sekarang ini (saya) nak mengekalkan momentum yang ada ini supaya kita boleh mampu menang (dalam Dun Bukit Besi),"ujarnya. [Lihat Video]
Katannya, sambutan kawan-kawan lama yang menyokong beliau sewaktu beliau menjadi wakil rakyat kawasan tersebut sangat baik.

Oleh itu, beliau menyeru supaya seluruh warga Bukit Besi memberi undi dan kemenangan kepada PAS untuk beliau meneruskan khidmat bakti yang telah terputus apabila kerajaan negeri Terengganu dirampas oleh Umno pada tahun 2004.

Ulasan