80% Kempen Ustaz Adam Menepati Sasaran

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Ustaz%20Adam.jpgBESUT - Calon PAS bagi N.02 Dun Kota Putera Ustaz Adam Mat Said mengucapkan kesyukuran kepada Allah WST kerana perkembangan yang positif dalam kempen pilihanraya umum kali ke-13 di Dun tersebut.

Menurutnya 80% usaha-usaha kempen yang dilaksanakan oleh calon, jentera dan para petugas PAS dan penyokong dan Kota Putera menepati sasaran.

"Sebagai maklumat perkembangan setakat ini,  alhamduliLlah usaha-usaha yang kita buat kita kira 80% menepati sasaran. Gerakan terakhir calon dan petugas-petugas kita di waktu pagi kita banyak ziarah......ziarah golongan muslimat yang kita, calon dan petugas-petugas lelaki ziarah muslimin.

"Di sebelah petang pun sama. Di sebelah malam kita hidupkan kuliah maghrib di tempat-tempat tertentu. Selepas Isyak kita banyak ceramah kelompok. Dan saya sendiri usaha untuk adakan ceramah kelompok usaha-usaha untuk hadir  sekurang-kurangnya 2 ceramah 1 malam.Biasanya 3 dan pernah juga 4 kalau tempat tu dekat-dekat,"ujarnya ketka ditemui. [Lihat Video]
Beliau sukacita kerana katanya perkembangan sokongan orang ramai yang sangat baik, bahkan ada yang datang sendiri berjumpa dan memberi perakuan akan menyokong PAS pada PRU kali ini.

"Dan setakat kita nampak hari ini, perkembangan sangat baik sehingga ada dikalangan mereka datang berjumpa saya sendiri dan menyatakan sokongan untuk menyokong dan gambaran yang diberi oleh masyarakat disini menampakkan bahawa InsyaAllah kita akan capai kemenangan InsyaAllah,

"Dan kami tak pernah dengar ada diantara penyokong misalnya masyarakat mengatakan PAS kali ini boleh kalah, tak pernah dengar.........setakat kami dengar InsyaAllah PAS akan menang,"tegasnya.

Beliau berkata, sekiranya Allah memberi kemenangan kepada beliau selaku calon, adalah sebenarnya kemenangan kepada Jamaah dan parti, bukan kemenangan dirinya sendiri.

"Jadi jika Allah berikan kemenangan kepada PAS itu adalah kemenangan Jamaah dan bukan kemenangan saya, kemenangan Jamaah yang kebetulan Allah letak saya disini walaupun daripada segi kelayakan jauh dari layak. Wallahualam. Itu sedikit maklumat daripada saya,"ujarnya Ustaz Adam yang sentiasa merendah diri.

Ulasan