KUALA TERENGGANU
- Keputusan Pilihan Raya Umum PRU ke-13 telah menyaksikan Barisan
Nasional (BN) Terengganu menguasai negeri Terengganu dengan memenangi 17
kerusi, hanya kelebihan dua kerusi sahaja berbanding PAS, yang
memenangi 15 kerusi.
Ia adalah suatu kemenangan tipis yang mengejutkan pelbagai pihak jika dibandingkan dengan keputusan PRU ke-12 pada tahun 2008 sebelum ini, Umno-BN Terengganu telah menguasai 24 kerusi Dun dan PAS hanyalah memenangi lapan kerusi Dun sahaja.
Perkembangan politik mutakhir menjadikan suasana politik negeri Terengganu kembali 'panas' sebaik tamat kempen PRU ke-13, terutama dalam kes pelantikan Menteri Besar (MB) negeri Terengganu yang baru.
Senario politik pasca PRU ke-13 hampir-hampir menyamai situasi selepas PRU ke-12 apabila terdapat bantahan terhadap pelantikan semula Adun Kijal Dato' Seri Ahmad Said sebagai MB.
Pada pagi sebelum Majlis Angkat Sumpah MB berlangsung di Istana Maziah, beberapa lokasi di sekitar bandaraya Kuala Terengganu telah dinaikkan pelbagai kain rentang yang melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap pelantikan Ahmad Said.
Antara tulisan protes yang dipaparkan pada kain-kain rentang tersebut adalah “Kami Serik Doh Mat Said…5 Tahun Jadi MB”, “Apa Ertinya MB Setahun Sahaja Duhai Najib”, “Daulat Tuanku, Kami Tak Mahu Mat Said Jadi MB”, “Mat Said Jadi MB Hilang Balok Terengganu” “Mat Said Jadi-jadilah Jadi MB, Orang Mude Tak Mahu”.
Menurut sumber dalaman, suara-suara protes tersebut , bukan dicetuskan oleh pihak pembangkang tetapi dari akar umbi dan kepimpinan Umno yang tidak sehaluan dengan Ahmad Said.
Slogan 'Asal Bukan Ahmad Said' (ABAS) sudah kedengaran di kalangan ahli dan pemimpin pertengahan Umno sejak sebelum proses pemilihan calon-calon BN yang akan bertanding pada PRU ke-13 lalu.
Justeru itu, sebaik waktu penamaan calon PRU-13 pada 20 April lalu tamat, terdapat calon-calon bebas yang bertanding kerana menentang keputusan pemilihan calon yang dibuat oleh kepimpinan Umno.
Cuma yang berbeza, protes pasca PRU ke-13 tidak selantang protes pasca PRU ke-12 yang dapat disaksikan di seluruh negara, klimaks bantahan kumpulan '10 budak hitam' sehingga mencetuskan kontroversi apabila mereka memaparkan luahan hati diatas kain rentang yang bertulis 'Kami Nak Idris Natang'.
Ia adalah kerana 'kelicikan' politik Ahmad Said yang berjaya mencatas majoriti ahli kumpulan '10 budak hitam', yang dianggap sebagai 'dalang' kumpulan anti Ahmad Said itu.
Antara mereka yang disebut sebagai 'budak hitam' telah digugurkan daripada menjadi calon BN PRU ke-13 adalah, bekas Adun Ajil Dato' Rosol Wahid, bekas Adun Jabi Ramlan Ali, bekas Adun Paka Zakaria @ Ariffin Abdullah, bekas Adun Kuala Berang Zawawi Ismail, bekas Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan bekas Adun Bukit Besi Dato' Din Adam
Sementara itu, dua orang di kalangan 'budak hitam' yang melepasi halangan pencalonan dan bertanding dalan PRU-13 tetapi telah tewas kepas calon PAS, iaitu bekas Adun Tepoh, Ramli Nuh yang tewas kepada ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan bekas Adun Alor Limbat Alias Abdullah yang kecundang di tangan Ariffin Deraman.
Hanya dua dari 'budak hitam' yang terselamat dan menang dalam PRU ke-13, seorang di sebelah utara dan kini menjadi Adun Jerteh Mohamad Pehimi Bin Yusof dan seorang di selatan yang kini menjadi Adun Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Ulasan