Ahli Palimen Kuala Nerus Yakin Dapat Laksana Agenda DiJanjikan

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/menang%20Kuala%20Nerus.jpgKUALA NERUS - Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali at-Takiri telah menggariskan lima agenda yang beliau mahu laksanakan, sekiranya beliau dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Setelah menang pada pilihanraya umum kali ke-13 ahad lalu [gambar], beliau yakin kelima-lima agenda yang dienaraikannya boleh dilaksanakan, walaupun sebagai ahli perlimen pembangkang.

Sebagai contoh kata beliau, agenda agama, yang akan melahirkan masyarakat beriman dan bertakwa serta berakhlak boleh dicapai menerusi program-program di surau dan masjid.

"Yang lebih teras (ialah) kepada melahirkan masyarakat beriman dan bertakwa. Kalau saya tak mampu masuk ke masjid kerajaan yang dikuasa oleh kerajaan, mungkin saya boleh masuk ke masjid-masjid yang bukan dikuasai sepenuh(nya) oleh kerajaan.

"Kemudian, yang kedua....... agenda ekonomi berkat, pun tidak (semestinya) memerlukan kita menjadi pemerintah (untuk dilaksanakan). Konsep kempen memberi keselesaan kepada umat (dan sebenarnya) ekonomi bukan sebenarnya dijalankan oleh kerajaan.

"ekonomi dijalankan oleh masyarakat secara 'personal'......orang itu berniaga ini.....orang ini berniaga itu......... kita boleh lahirkan masyarakat kesedaran untuk berniaga,"ujarnya. [Lihat Video]

Beliau berkata, diperingkat Kuala Nerus kalau hendak dijadikan ia sebagai sebuah 'hub' pelancongan, perniagaan berasaskan pelancongan boleh diwujudkan, walaupun tanpa bantuan kerajaan.

Selain itu, agenda ketiga yang digariskan beliau adalah agenda ilmu dan maklumat, boleh dilaksanakan dengan penggalakkan penubuhan sekolah-sekolah rakyat, pusat-pusta ilmu, pusat-pusat tuisyen dan pusat-pusat pendidikan swasta, kerana ia akan menyumbang kepada pembangunan ilmu itu sendiri.

Bagi agenda yang ke empat, katanya, agenda sosial melibatkan masyarakat yang cakna dan konsep cakna rakyat juga tidak memerlukan kerajaan dan boleh diamalkan sesama ahli masyarakat.

"Kerana konsep (cakna) ini (adalah) hak rakyat........beri kepada rakyat. Kalau kita tengok agenda Parti Islam SeMalaysia (PAS) (iaitu) Negara berkebajikan bukan(lah) bermakna kerajaan memberi kebajikan semata-mata.

"ia ada  dua hala, kerajaan memberi kepada rakyat dan rakyat sesama rakyat memberi kebajikan.......ia ada dua elemen yang kena faham. Jadi, kita boleh buat (dengan) penubuhan satu tabung untuk umat Kuala Nerus ini, iaitu tabung kebajikan (yang) boleh membantu mereka (dalam) pelbagai segmen kebajikan (seperti) segmen pendidikan, orang miskin, orang susah dan pelbagai bentuk bantuan,"jelasnya.

Justeru, bagi melaksanakan agenda tersebut, beliau membuka peluang kepada mana-mana warga Kuala Nerus yang mahu bersamanya melaksanakan amal kebajikan dengan cara mewakafkan sekeping tanah untuk tujuan pembangunan sebuah pusat pendidikan dan kebajikan.

"Saya harapkan kalau ada pihak yang sudi menghadiahkan kepada saya (sebidang) tanah (seluas) satu hektar pun sudah cukup, untuk saya segerakan pembinaan (pusat penddikan dan kebajikan),

"pengalaman saya dulu (sebelum ini) bila saya diberi satu lot tanah (di Bangi Selangor) saya berjaya menyiapkan sebuah bangunan untuk sekolah anak-anak yatim dalam masa 6 bulan sahaja. InsyaAllah, dengan kudrat yang ada (boleh) lebih cepat saya bangunkan,"katanya.

Beliau menegaskan, pusat yang akan dibangunkan sebagai pusat bagi semua rakyat Kuala Nerus tanpa mengira latar belakang politik kepartian dan akan menjadi sebuah pusat penyelidikan bagi membangunkan penduduk Kuala Nerus..

Ulasan