PAS Akan Desak Kerajaan Berikan Peruntukan Dun Kepada Adun Berkenaan
KUALA TERENGGANU - PAS sekali lagi menyatakan kekesalan dengan kenyataan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said yang tidak mahu melaksanakan pembangunan dalam kawasan Dewan Undanga Negeri (Dun) yang dikuasainya.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahd Endut menjelaskan, pembiayaan pembangunan yang dilaksanakan adalah hasil kutipan cukai yang dibuat oleh keajaan ke atas rakyat.
Beliau menegaskan, sekiranya kerajaan tidak mahu melaksanakan pembangunan, PAS meminta supaya kerajaan tidak mengutip cukai daripada rakyat.
"tugas (melaksanakan) pembangunan (adalah) tugas kerajaan, peruntukan yang diberi dan disalurkan (itu) dibincang oleh wakil-wakil rakyat.....tetapi dilaksanakan oleh para pegawai sebagai jentera kepada kerajaan dengan peruntukan yang diluluskan dalam (persidangan) Dewan (Undangan Negeri),
"apa juga bentuk pembangunan akan ditentukan oleh kerajaan, jadi kalau (Ahmad said) katakan tidak ada pembangunan, kita (PAS) minta jangan kutip cukai (dari rakyat) sekiranya kerajaan Umno Terengganu tidak tidak mahu melaksanakan pembangunan (kerana) duit rakyat (hasil cukai) digunakan untuk buat pembangunan,"ujarnya.
Beliau merasa hairan, bagaimana perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya itu keluar dari mulut seorang Menteri Besar kerana menurutnya Ahmad Said adalah seorang pemimpin yang berpengalaman dalam pemerintahan dan beliau juga adalah ketua kepada sebuah kerajaan.
Haji Wahid menempelak Ahmad Said dan menyifatkan kenyataan-kenyataan Ahmad Said itu sebagai 'politik kampung'. [Lihat dan Dengar Video]
Oleh itu, beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam akan mendesak dalam persidangan Dewan Undangan Negeri supaya menyalurkan peruntukan Adun tersebut kepada wakil rakyat yang berkenaan.
"saya harap sungguh-sungguh dan saya akan timbulkan dalam sidang dewan undangan negeri, kita mendesak peruntukan pembangunan setiap Dun diluluskan dan sebahagiannya disalurkan kepada Adun yang berkenaan,
"kita harap dan kita minta dan kita desak supaya Dun-Dun (yang dikuasai) pembangkang sekarang ini diberikan kemudahan itu,"tegasnya.

Ulasan