Apa Kecacatan Pasar Binjai? Berapa Kos Kontrak Baik Pulih?

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/pasar%20binjai1.jpgKEMAMAN - Menteri Besar Terenggau Dato' Seri Ahmad Said dan kerajaan Umno-BN Terengganu diminta menjelaskan, apakah yang dinyatakan sebagai 'Kecacatan Pasar Binjai' dan berapakan kos membaik pulih yang sedang dilaksanakan ke atas Pasar Binjai atau dikenali sebagai 'Binjai Souq' di mukim Binjai, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai YB Haji Hanafiah Mat  berkata, pada tahun 2010, pihaknya pernah meminta Pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menjelaskan kepada orang ramai mengapa bangunan Pasar Binjai (Binjai Souq) masih belum digunakan walaupun dikatakan sudah siap sepenuhnya.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/pasar%20binjai2.jpgKata beliau, pihak MPK tidak pernah mengisytiharkan atau membuat sebarang kenyataan berkenaan apa yang berlaku kepada pasar tersebut, tetapi tiba-tiba beliau dimaklumkan ada kontrantor baru yang dilantik bagi membaikpulih 'Kecacatan Pasar Binjai'.

"saya bersama PAS Kemaman pernah meminta penjelasan MPK, apa sebenarnya yang berlaku kepada pasar itu, kerana para peniaga kuih-muih masih berniaga di luar walau pun dilaporkan pasar tu telah siapa sepenuhnya,

"tidak ada apa-apa jawapan oleh MPK..........tiba-tiba ada kerja-kerja baik pulih baru yang sedang dilaksanakan berpandukan papan tanda projek dihadapan bangunan pasar itu,"ujarnya

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/pasar%20binjai3.jpgMenurutnya, Binjai Souq yang dbina dengan kos RM16 juta itu, pernah diperbaiki dengan kos yang dilaporkan sebanyak RM2 juta.

Oleh itu, beliau hairan mengapa satu kontrak baru dikeluarkan yang bernilai RM5.85 juta.

"sebelum ini pernah diperbaiki, saya tak tahu apa yang dibaiki tetapi saya dimaklumkan ia menelan belanja RM2 juta, sekarang tanpa megetahui sebab apa pula yang rosak, tiba-tiba satu kontrak baru bernilai RM5.85 dikeluarkan,"soalnya.

Ekoran dari pembaikian pasar tersebut, beliau berkata para peniaga barangan basah [Gambar kanan bawah], telah dipindahkan keluar dari bangunan itu dan menjalankan perniagaan mereka di kawasan lapan diluar bangunan paar binjai itu.

Ulasan