Balas Dendam; Pemimpin Umno Sanggup Zalimi 'Orang Kuatnya' Sendiri

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Hanafiah%20baiki%20rumah.jpgKEMAMAN - Penyakit 'dendam kesumat' telah merebak hingga ke peringkat kampung, ekoran kenyataan bersikap berat sebelah Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Terengganu Dato' Seri Ahmad Said sebaik beliau mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar pada Sabtu 11 Mei lalu.

Adun Chukai YB Haji Hanafiah Mat berkata,  seorang penduduk Mohd Zafi Bin Omar, 50, telah mengadu masalah rumahnya yang rosak akibat bencana ribut kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paya Berenjut , Chukai dekat sini.

Menurutnya, Mohd Zafi sebagai seorang 'orang kuat Umno' sepatutnyanya dan pada kebiasaannya, diberi keutamaan untuk menerima bantuan oleh JKKK kampung tersebut.

Namun begitu, bukan sahaja JKKK tidak melayan masalah yang diadu Mohd Zafi, malah Pengerusi JKKK telah menyuruh Mohd Zafi supaya meminta bantuan dari beliau.

"Hari ini kita membuat gotong royong di (Kampung Paya) Berenjut........rumah orang kuat Umno, yang cuba mendapatkan bantuan dari JKKK tetapi JKKK telah membuat pengakuan kepada orang kuat Umno tersebut seorang perempuan (isteri Mohd Zafi) yang umurnya lebih kurang 50 tahun,

"Pak Jak (Pengerusi JKKK) kata dia tidak ada kuasa dan semua bantuan hendaklah diminta dengan saya.....dengan Hanafiah,"ujarnya. [Lihat Video]
Oleh itu, katanya, atas perasaan kasihan belas terhadap keluarga yang mengalami kesusahan, beliau bersama-sama dengan ahli-ahli PAS Cawangan kampung itu telah membantu membaik pulih atap rumah Mohd Zafi yang rosak kerana ditimpa pokok tumbang.

"Kita (saya) memanggil (ahli-ahli) PAS Cawagan Kampung Paya Berenjut bergotong royong membaiki atap bocor (rosak kerana) terkena angin ribut pada baru-baru ini,"jelasnya.

Haji Hanafiah berkata, Mohd Zafi yang tinggal sekeluarga seramai enam orang dirumah itu, mengucapkan terima kasih dan sangat sukacita atas bantuan yang telah diberikan, serta tidak menyangka pemimpin Umno tergamak menzalimi 'orang kuat' partinya sendiri.

Ulasan