Cikgu Solah Berazam Selesaikan Masalah Bekalan Air di Hulu Besut

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/CIKGU%20SOLAH.pngBESUT - Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Shalahhuddin Jaafar (Cikgu Solah) kesal kerana kerajaan Umno dn Barisan Nasional gagal menangani dan menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang berlaku dibeberapa buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Hulu Besut.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN PAS Hulu Besut, kesal kerana wakil rakyat sebelum ini gagal menangani masalah keperluan asas penduduk di situ.

"Dalam tinjauan kita pada pagi ini kita dapati masalah air (masih berterusan) di (kawasan) Felcra, Kampung Luar, Bukit Belah tak selesai........... sejak beberapa bulan dulu, kalau tak silap sejak bulan puasa (Ramadhan) hari itu,

"jadi, masalah air merupakan keperluan asas, kita dukacita dengan pihak SATU, kerajaan negeri (dan) wakil rakyat yang terlibat tidak ambil cakna pada penduduk di sekitar sini, sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka,"ujarnya.

Menurut beliau, sepatutnya sungutan dan rungutan rakyat diambil perjalanan oleh kerajaan kerana air merupakan keperluan yang amat penting.

Oleh itu, beliau yang juga calon PAS bagi Dun tersebut pada pilihanraya umum (PRU) kali ini, berjanji akan memberikan tumpuan bagi menyelesaikan masalah bekalan air itu. [Lihat Video]
"Kita sebagai (calon) parti yang masuk pilihanraya ini, jika kita menang pilihanraya PRU-13 ini, kita akan beri tumpuan kepada Felcra dan beberapa kampung berhampiran yang menghadapi masalah bekalan air bersih (ini),"tegasnya.

Kata beliau, sebanyak 109 buah rumah yang terlibat terdiri daripada 72 keluarga di Felcra, 10 buah rumah kakitangan Felcra , 7 buah di Bukit Belah dan juga 20 buah di kampung Luas menghadapi masalah tersebut.

Beliau dimaklumkan, penduduk yang terbabit dengan masalah itu hanya menerima air hanya sekadar 2 jam sehari.

"Itu pun dalam jumlah yang sedikit, tidak cukup untuk kegunaan harian. Jadi, penduduk terpaksa berulang –alik ke sungai berhampiran untuk bekalan air bersih termasuk untuk bersih pakaian dan mandi.

"Jadi, InsyaAllah jika saya terpilih sebagai wakil rakyat di Dun Hulu Besut ini, tumpuan utama yang (kan) diberikan ialah pada masalah air di Felcra dan kawasan sekitarnya. InsyaAllah,"jelasnya.

Ulasan