Empat Pusat Kesihatan Terima 'Kek' Adun Alor Limbat

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/kek%20Ariffin.jpgMARANG - Walau pun baru seminggu bergelar 'YB' Adun Alor Limbat Ustaz Ariffin Deraman tidak henti-henti berputar di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun)nya menemui para pengundi dan pelbagai pihak lain termasuk mengunjungi Jabatan Kerajaan.

Bukan sekadar mengucapkan 'Selamat Hari Jururawat' melalui laman sosial atau melalui kad ucapan, Ariffin yang menganggap dirinya sebagai 'budak baru belajar' menghantar sendiri 'kek' ke tiga buah Pusat Kesihatan yang terdapat dalam Dun Alor Limbat.

"saya hantar sendiri kek untuk menghargai jasa-jasa 'meksi' (jururawat) sempena Hari Jururawat Sedunia, kebetulan ada empat buah klinik (Pusat Kesihatan) dalam Dun Alor Limbat, saya ambil kesempatan untuk memperkenalkan diri saya, maklumlah 'saya budak baru belajar',"ujarnya.

Pusat-pusat Kesihatan yang dilawati beliau adalah Pusat Kesihatan Kepong, Puat Kesihatan Gelugor, Pusat Kesihatan Rawai dan Pusat Kesihatan Tasek.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/kek%20Ariffin1.jpgMenurutnya, kek tanda ingatan beliau telah diterima oleh ketua jururawat Pusat Kesihatan terbabit dan beliau sangat sukacita kerana para jururawat sudi dan gembira menerima pemberian kek sempena hari jururawat itu.

Ariffin turut menyeru semua pihak supaya menghargai kesihatan kerana ia adalah faktor yang penting dalam kehidupan dan sumber kekuatan produktiviti dan pembangunan insan.

Katanya, RasuluLlah SAW adalah contoh seorang tokoh yang mengutamakan kesihatan dalam kehidupannya.

"Sebagai contoh, untuk mengealkkan obesiti yang boleh membawa pelbagai penyakit, RasuluLlah telah bersabda yang bermaksud: 'Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)',

"RasuluLlah (juga) menjaga kesihatan dengan selalu berjalan kaki, ke masjid, pasar, ke medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar,"kata Ustaz Ariffin

Ulasan