Episod Perjuangan 'R' Lebih Mencabar

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Fauzi%20Abu%20Samah.pngKUALA TERENGGANU - Sekretariat Royalti 'R' Kembalikan Royalti Terengganu, terpaksa meneruskan perjuangan bersama  seluruh Rakyat Terengganu untuk terus menuntut hak Royalti  kerana kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-13 yang baru lalu.

Menurut Pengerusi R Terengganu, Mohamad Fauzi Abu Samah [Gambar], episod perjuangan 'R' kali ini lebih mencabar kerana disamping menuntut kembali royalti, 'R' juga akan mempertahankan medan minyak Bertam (PM307).

"Dengan kemenangan barisan kepimpinan yang sama, bermakna Sekretariat ® terpaksa meneruskan perjuangan bersama  seluruh Rakyat Terengganu untuk terus menuntut hak Royalti yang sepatutnya di terima Kerajaan memerintah Terengganu.

"Namun perjuangan kali ini akan lebih mencabar apabila melibatkan perjuangan memastikan “Kedaulatan” iaitu Blok PM 307, BERTAM tidak diserahkan kepada Pahang."tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di kediaman Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah, di Batu Burok, di sini, pada Jumaat 10 Mei. [Lihat Video]
Oleh itu, 'R' mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyaman semula Petronas dan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan hak royalti Terengganu dikembalikan semula di negeri ini.

Pengerusi R Terengganu, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, pihaknya juga akan terus mendesak Kerajaan Negeri yang akan dibentuk dalam sedikit masa lagi ‘kembali ke pangkal jalan’ dalam memperjuangkan isu royalti.

“Dalam isu Blok PM 307 Bertam juga, Sekretariat R amat berharap kepimpinan yang akan dibentuk terus bertegas mempertahan dan memperjuangkan hak kita,” katanya.

Kerangka perjuangan baru juga akan disusun dalam tempoh terdekat dengan satu ‘brainstorm’ iaitu perjalanan lima tahun akan dibuat bagi memastikan rakyat faham serta jelas dengan isu berkaitan royalti.

“Perjuangan kami baru bermula. Kami beriltizam untuk meneruskan perjuangan mengembalikan royalti rakyat ini sehingga kami mencapai kejayaan, tidak kiralah berapa lama masa yang akan diambil,” katanya.

Sementara itu, R turut melantik Timbalan Pengerusi III Sekretariat R, Raja Bahrin sebagai ikon pejuang R untuk memperjuangkan isu-isu royalti di peringkat Parlimen.

Ulasan