Insiden PRU-12 Di Rusila; Hakim Benarkan Ikat Jamin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Kamaruzzaman%20A%20Wahab.pngKUALA TERENGGANU - Kesemua enam orang yang dituduh terlibat dalam kes Insiden PRU-12 di Rusila diberi jaminan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu sehingga kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Menurut Peguam yang mengendalikan kes tersebut Kamaruzaman A Wahab, tiga dari sembilan orang yang dituduh dalam kes tersebut telah dilepaskan dan dibebaskan, manakala enam yang dibicarakan semalam Selasa 21 Mei telah dijatuhkan hukuman penajara diantara 6 hingga 13 bulan bulan.

Beliau berkata, sebahagian dari jumlah enam orang yang dijatihkan hukuman tersebut diterima rayuannya dan sebahagiannya telah ditolak.

Bagaimana pun, setelah bersidang sehingga jam 3.30 petang, Hakim Dato' Yazid Mustaffa membenarkan jaminan kepada kesemua enam orang tersebut dengan jaminan sebanyak RM2,000 setiap orang sehingga kes itu dibicarakan di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

"Kes ini (kesleuruhannya) melibatkan sembilan orang, diamna dimana dalam kes ini tiga orang telah dilepaskan dan dibebaskan, enam orang (yang dibicarakan) hari ini, rayuannya dibenarkan sebahagian dan dikekalkan hukuman sebahagiannya,

"sekarang dibuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Putrajaya, dan semua enam orang yang terlibat (itu) telah diberi jaminan sehingga kes ini didengar di (Mahkamah Rayuan) Putrajaya,"ujarnyanya ketika ditemui. [Lihat Video]

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Ustaz%20Khalil%20Mahkamah%2021%20mei.jpgDalam penghujahannya, Dato' Yazid membenarkan ikat jamin enam orang terbabit berdasarkan fakta kes dan suaana semasa serta tempoh proses rayuan yang dibuat.

"memandangkan kepada fakta kes dan suasana semasa di mana proses rayuan akan hanya bermula antara enam hingga  sembilan bulan, maka saya berperpandangan permohonan peguambela supaya dibenarkan diikat jamin diterima,

"Dengan ini saya memutuskan supaya dikenakan jaminan RM2,000 seorang dengan setiap kes dikehendaki dua orang penjamin,"tegasnya.

Turut hadir memberikan sokongan moral adalah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, dan Bendahari PAS Terengganu M.Shukrimun Shamsuddin.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Khalil mengucapkan terima kasih kepada Hakim Dato' Yazid dan bersyukur kepada Allah SWT kerana mempertimbangkan rayuan dan memberikan ikat jamin kepada mereka yang terlibat.

Beliau menyeru dan memohon supaya seluruh ahli dan penyokong PAS agar melakukan solat hajat dan munajat, supaya Allah memberikan kemudahan terhadap rayuan kes tersebut di Mahkamah rayuan kelak dan mereka yang dituduh, dilepaskan dan dibebaskan.

Ulasan