KUALA TERENGGANU
- Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman
mengkritik perlantikan barisan Exco kerajaan negeri Terengganu yang
mengangkat sumpah jawatan pada 11 Mei lalu, kerana menurutnya tiada
portfolio khusus berkaitan dengan Agama.
"yang pertama sekali kita melihat tiada Exco agama, pelik.......banyak Exco ni seorang pegang beberapa portfolio, tetapi kita lihat........dan kita cari juga (siapa Exco agama), mungkin juga kerana Ustaz Ramli Nuh kalah di Dun Tepoh lepas tu mereka tiada calon untuk melantik Exco Agama,
"jadi.......kami persoalkan dimana letaknya, yang (di)kata(kan) Umno ini memberi keutamaan agama Islam, (sedangkan) sehingga Exco Agama pun tidak ada,"katanya yang meminta Menteri Besar Terengganu dato' Seri Ahmad Said memberikan penjelasan terhadap perkara tersebut.
Selain itu, beliau yang jua Ahli Dewan Undangan (Adun) Alor Limbat mempersoalkan kredibiliti perlantikan Exco tersebut kerana katanya ada Exco yang dilantik masih disiasat kerana terlibat dengan rasuah.
"isu perlantikan Exco ini (juga berkait dengan) isu rasuah, masih terdapat Exco yang dilantik (adalah indvidu) yang masih disiasat (kerana) terlibat dengan rasuah, (ia) melemahkan integriti kerajaan Terengganu yang ada pada hari ini,"tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di Taman Sri Intan Jalan Sultan Omar dekat sini, semalam Ahad 12 Mei. [Lihat Video]
Sebelum itu, beliau menyifatkan tindakan Ahmad Said tidak mahu membangunkan rumah mampu milik dalam Dun yang dimenangi oleh PAS sebagai satu diskriminasi dan kezaliman.
Namun begitu beliau bersetuju dengan kenyataan Ahmad yang tidak mahu melantik Pegawai Pembangunan Dun (PPD) dan Pegawai Pembangunan Parlimen bagi Dun dan Parlimen (PPP) yang tidak dimenangi oleh BN.
tidak diwujudkan mungkin akibat rakyat 'tidak mengenang budi' BN hingga menyebabkan beberapa calonnya seperti di Bukit Payong, Ru Rendang, Bukit Tunggal dan lain-lain kecundang pada pilihan raya itu.
"kami kesal dengan kenyataan (tidak mahu membangunkan rumah mampu milik) walau bagaimana pun dalam jangka panjang kami sokong (ketiadaan PPD dan PPP) akan memudahkan yang berhormat (wakil rakyat) PAS untuk bersama dengan rakyat,
"(kerana) [egawai pembangunan (tersebut) selama ini yang kadang-kadang menyekat dan menyusahkan wakil-wakil rakyat PAS,"jelasnya.
Beliau mencadangkan agar peruntukan yang diberikan kepada PPD dan PPP selama ini, diberikan kepada wakil-wakil rakyat PAS bagi menunjukkan bahawa kerajaan BN dibawah pimpinan Ahmad Said melakukan keadilan dalam pengurusan kewangan.

Ulasan