MCA Tidak Bertanggungjawab Terhadap Orang Cina Bandar

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/raja%20bahrin.pngKUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Ahmad Shah menempelak sikap MCA yang menarik diri dan berlepas tangan dengan janji-janji mereka kepada orang Cina Kuala Terengganu pada pilihanraya umum kali ke-13 yang lalu.

Beliau dukacita dengan tindakan MCA mengarahkan orang-orang Cina bandar Kuala Terengganu bertemu dengannya dan Adun Bandar Azan Ismail bagi menyelesaikan janji yang dibuat oleh MCA sendiri.

Katanya, sikap MCA menutup pejabatnya itu 'tidak comel', kurang sabar dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat, sedangkan MCA masih merupakan komponen BN yang masih memerintah negeri dan negara.

"nampak gayanya, MCA telah bertindak untuk menakut-nakutkan kaum Cina, padahal dia (MCA) yang buat janji, (tapi) dia dah tutup pejabat, sepatutnya dia (MCA) yang menyelesaikannya,

"bagaimana pun kita tidak menolak, walau pun dia yang membuat janji asalnya, tapi Insha Allah kita akan ambil tindakan apa-apa yang dipertsetujui oleh MCA dengan orang-orang Cina, tapi kita tidak dapat penuhi semuanya,"jelasnya. [Lihat Video]

Oleh itu, beliau berkata, pihaknya telah membuka sebuah pusat khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu di sebelah KFC, berhadapan dengan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Katanya, pada hari Khamis 9 Mei, beliau telah menubuhkan Sekretariat Pusat Khidmat tersebut, menyiapkan keperluan pejabat dan orang-orang Cina bandar boleh mula mendapatkan khidmat bermula pada Ahad (esok) 12 Mei.

Menurutnya, pusat tersebut akan beroperasi pada waktu pejabat, lima hari seminggu dari hari Ahad hingga Khamis dan setiap aduan rakyat akan ditangani oleh seorang petugas dari Pakatan Rakyat.

Justeru, menurut beliau, orang Cina bandar Kuala Terengganu tidak perlu resah dan risau kerana walaupun wakil MCA tidak ada kerana telah kalah dalam PRU-13, wakil-wakil masyarakat Cina dari Pakatan Rakyat, khususnya DAP akan memberikan khidmat mereka.

Ulasan