Menunaikan Solat Tetapi Tidak Memperjuangkan Islam

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/Hamzah%20Ngah.jpgKUALA TERENGGANU - Minggu ini adalah minggu yang pertama bagi bulan Rejab, bulan dimana umat Islam mengingati peristiwa besar Isra' dan Mi'raj, perjalanan Nabi Muhammad SAW dari dari Masjid al-Haram di Mekah ke kiblat umat Islam yang pertama, Masjid al-Aqsa dan seterusnya ke Sidratul Muntaha.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu Ustaz Hamzah Ngah, Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

Beliau berkata, antara perkara penting yang terkandung dalam peristiwa Isra' dan Mikraj adalah kewajipan menunaikan solat atau sembahyang kepada orang-orang Islam, daripada 50 waktu kepada lima waktu sehari semalam.

Katanya, sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran, surah al-Ankabut ayat 45, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.

Namun begitu, beliau berkata, walau pun setelah lebih 1300 tahun berlalu, masih terdapat di kalangan orang-orang Islam yang menunaikan solat tetapi terus mengerjakan perbuatan mungkar, tidak memperjuangankan Islam.

"bagaimana masih orang-orang Islam yang menunaikan solat tetapi tidak dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar, tidak memperjuangkan Islam tetapi memperjuangkan kebangsaan, memperjuangkan assobiyah,"tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah Jumaat di masjid pulau Ketam, Pulau Duyong, dekat sini semalam 17 Mei.

Beliau mengingatkan para hadirin sidang Jumaat, sesungguhnya perjuangan kebangsaan itu bukan perjuangan RasuluLlah SAW kerana menurutnya nabi pernah bersabda dalam satu hadi yang diriwayatkan oleh Abu Dawud yang bermaksud;

"“Bukan dari golongan aku orang yang memperjuangkan kebangsaan, bukan dari golongan aku orang yang berperang kerana kebangsaan dan bukan dari golongan aku orang yang mati kerana kebangsaan”.

Justeru, katanya, sayugialah umat Islam, pada bulan Rejab ini mengingati peristiwa Isra' dan Mikraj, dan kembali kepada cara hidup Islam keseluruhannya, bukan mengambil sebahagian, menunaikan solat tetapi masih bersama dengan perjuangan yang menentang Islam

Ulasan