Pakatan Rakyat Terengganu Menang 15 Kerusi Dun, 4 Parlimen

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Kuala%20terengganu.jpgKUALA TERENGGANU – PAS Terengganu memenangi 14 kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun)  dan berjaya menambah dua lagi kerusi Parlimen kepada 4 kerusi, manakala kerusi Dun Bandar Kuala Terengganu dimenangi calon PKR, Azan Ismail

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan keputusan tersebut diRusila pada kira-kira jam 10.40 malam, Ahad 5 Mei.

[Gambar - kelima-lima calon Pakatan rakyat yang menang di Kuala Terengganu]

Kerusi-kerusi Dun yang dimenangi PAS adalah seperti berikut;
1. N09 – Tepuh; Ustaz Hishamuddin Bin Abdul Karim
2. N10 - Teluk Pasu; Ustaz Ridzuan Bin Hashim
3. N12 - Bukit Tunggal; Dr Alias Bin Arazak
4. N13 - Wakaf Mempelam; Haji Mohd Abdul Wahid Bin Haji Endut
5. N14 – Bandar;  Azan Ismail (PKR)
6. N15 – Ladang ; Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar
7. N16 - Batu Buruk; Dr Syed Azman Bin Syed Ahmad Nawawi
8. N17 - Alur Limbat; Ustaz Ariffin Bin Deraman
9. N18 - Bukit Payung; Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah
10. N19 - Ru Rendang ; Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang
11. N22 – Manir; Ustaz Hilmi Bin Harun
12. N27 – Sura; Wan Hapandi Bin Wan Nik
13. N28 – Paka; Ustaz Satiful Bahri Bin Mamat
14. N29 – Rantau Abang ; Cikgu Alias Harun
15. N31 – Cukai; Haji Hanafiah Bin Mat

Manakala kerusi Parlimen yang dimenagi PAS adalah;

1. P.35 – Kuala Nerus ; Ustaz Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali At-Takiri
2. P.36 – Kuala Terengganu; Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah Bin Raja Ahmad
3.P.37 – Marang ; Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang
4. P.39 Dungun; Ustaz Wan Hassan Bin Mohd Ramli

Bagi Dun Tepoh, Ust Hishamuddin menang dengan majoriti 229 undi, Dun Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim menang dengan majoriti 109 undi, Dun Bukit Tunggal Dr Alias Razak dengan majoriti 652 undi, dan Parlimen Kuala Nerus PAS Dr Khairuddin at-Takiri menang dengan majoriti 641 undi.

Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 5,124 undi apabila beliau memperoleh 42,984 undi manakala pencabarnya dari BN menerima 37,860 und

Ulasan