PAS Terengganu Yakin Kembali ke Wisma Darul Iman

KUALA TERENGGANU - Setiausaha Pehubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata beliau yakin pilihanraya umum kali ini berpihak kepada PAS dan InsyaAllah, PAS berupaya menawan semula negeri Terengganu Darul Iman.

"Saya baru keluar daripada 'war room', bilik perang kita........... jadi saya nak maklumkan dua hari lagi kempen pilihanraya (iaitu) hari Jumaat dan Sabtu sebelum kita mengundi pada hari Ahad ini 5hb (Mei), Parti Islam Semalaysia (PAS) khususnya PAS Terengganu menaruh keyakinan yang tinggi bahawa pada pilihanraya pada kali ini InsyaAllah akan berpihak kepada PAS.

"Saya tidak nak menyebutkan angkanya tetapi dengan maklumat yang ada di bilik gerakan kita InsyaAllah kita boleh tawan balik Terengganu,"jelasnya ketika bercakap dalam sdang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu di Taan Sri Intan dekat sini pada Khamis, 2 Mei. [Lihat Video]
Namun begitu, menurutnya, dalam tempoh yang tinggal selama dua hari ini, beliau berkata, ada rancangan daripada pihak UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan usaha-usaha  yang boleh menggagalkan kejayaan PAS tersebut.

Antaranya, kata beliau, BN akan mengambil satu tindakan yang menyebabkan rakyat merasa kurang senang  atau mungkin sampai keperingkat  rakyat mengkaji balik sokongan mereka kepada PAS, sekiranya PAS tidak mengambil langkah-langkah awal.

Oleh itu, katanya, PAS Terengganu mengeluarkan arahan tidak membenarkan sebarang perarakan berkenderaan (konvoi) menggunakan lambang PAS.

"oleh sebab itulah kita mengeluarkan satu arahan kita kepada semua jentera kita, dari atas hingga bawah ke cawangan-cawangan, kita tidak membenarkan sebarang perarakan secara berkenderaan dengan menggunakan lambang PAS dalam apa bentuk sekalipun.

"Sebabkita tahu ada perancangan daripada pihak UMNO untuk menggunakan lambang kita bagi menggambarkan kepada rakyat, (perbuatan itu) ini adalah daripada PAS sendiri,"ujarnya.

Beliau berkata, pengalaman PAS pada tahun 1986 dulu telah mengajar, bahawa tindakan-tindakan provokasi  seumpama ini adalah merugikan PAS dalam bentuk yang seolah-olah menggambarkan keangkuhan PAS sebelum mencapai kemenangan.

Turut sama dalam sidang edia tersebut adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS Terengganu M. Shukrimun Shamsuddin.

Ulasan