Pemimpin Umno 'Bertopengkan' JKKK Menyusahkan Rakyat

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/JKK%20tak%20mahu%20sign.jpgKUALA TERENGGANU - Tindakan segelintir Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dalam beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang tidak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai kakitangan kerajaan, telah menyusahkan krhidupan seharian rakyat.

Beberapa aduan yang diterima oleh Buletinonline, Pengerusi JKKK tidak mahu menandatangani sebarang dokumen yang diajukan kepada mereka untuk dibuat pengesahan oleh penduduk kampung.

Tindakan tersebut, menurut pengadu, adalah kerana sifat 'hodoh dan tertutup' beberapa pemimpin Umno tempatan yang berbuat demikian kerana tidak dapat menerima kekalahan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Kata pengadu lagi, tindakan tersebut bertujuan untuk 'membalas dendam' kerana rakyat telah memilih PAS dalam Dun terbabit.

Adun Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim mengesahkan, pihaknya ada menerima aduan dari orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Pengerusi JKKK.

"Ya..... saya ada menerima aduan, ada rakyat yang datang mengadu, Pengerusi JKKK tak mahu sain (tandatangan) borang, ada banyak kes........saya tak ingat, tapi dia (pengadu) kata, JKKK tak mahu sain dan suruh berjumpa saya,"ujarnya ketika dihubungi.

Menurutya, pengadu tersebut memberi tahu, Pengerusi JKKK terbabit berkata Umno sudah kalah dan sekarang ada wakil rakyat PAS, pergilah berjumpa dengan wakil rakyat PAS.

Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim turut menerima aduan dari orang ramai tentang beberapa Pengerusi JKKK yang tidak mahu memberikan khidmatnya sebagai seorang Ketua Kampung.

Sehubungan itu, Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah kesal dengan tindakan Pengerusi JKKK terbabit yang tidak mahu memberikan khidat mereka sedangkan mereka adalah kaitangan kerajaan negeri Terengganu.

Beliau menggesa Pegawai Daerah mengambil tindakan terhadap kakitangannya yang tidak mahu memberikan khidmat malah, gagal menjadi wakil kerajaan di peringkat kampung.

Katanya, pemimpin Umno terbabit telah menunjukkan wajah sebenar Umno yang tersembunyi sebelum ini, tetapi telah terserlah 'hodoh' apabila calon mereka kalah dalam pilihanraya.

"ini adalah pemimpin Umno yang bertopengkan JKKK, Umno yang sebenarnya menyusahkan rakyat, (ada) pengalaman satu pada penggal lepas saya menerima aduan begini, pemimpin Umno yang berdendam,

"kita pernah membawa perkara ini dalam sidang Dun dan dinafikan oleh MB, kata MB ia tidak betul.......... jadi kita harap Pejabat Daerah ambil tindakan menghentikan perkara ini kerana Pengerusi JKKK adalah di bawah bidang kuasa Pejabat daerah,"ujarnya.

Ulasan