Pemuda Kesal 'Ditipu' Setelah Mengundi BN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Pok%20Ja2.jpgBESUT - Pelbagai pihak telah mendedahkan salah laku dan penipuan dilakukan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Kali Ke-13 yang lalu.

Bukan hanya pengakuan dan bukti dikemukakan oleh parti-parti pembangkang bahkan, jentera Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), ahli dan penyokong Umno sendiri, kerana merasakan diri mereka telah ditipu dan dipermainkan oleh Umno-BN.

Pada Selasa 14 Mei lalu, satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di kawasan ini yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen Dato' Seri Idris Jusoh telah mengurung 24 petugas  untuk memangkah kertas undi.

Skuad Buletinonline (BO) telah menemui beberapa orang pemuda di Dun Jabi dekat sini, apabila mereka mengadu, mereka telah ditipu oleh pemimpin Umno tempatan, setelah mereka diperdaya dan mengundi Barisan Nasional

Wakil kumpulan pemuda tersebut yang ditemui berkata,  mereka telah dijanjikan akan dibayar sejumlah wang dengan syarat mengundi BN dalam PRU 13 pada 5 Mei lalu.

"Sebahagiannya (wang) telah diagihkan (kepada kami) dengan janji, sebahagian lagi akan diagihkan sebaik sahaja selepas mengundi, tapi  apabila keputusan diumumkan dan menunjukkan pengundi muda menolak BN, mereka (Umno-BN) mungkir janji dan kami tidak dibayar walau satu sen,"ujarnya yang hanya mahu dikenali sebagai 'Pok Ja'.

Beliau berkata, sebaik selesai mengundi, satu senarai nama yang dijanjikan untuk menerima wang telah dibawa dan ditunjukkan kepada pemimpin Umno setempat.

Malangnya, kata beliau, bukan sahaja tidak membayar jumlah wang yang dijjanjikan, malah senarai tersebut telah dikoyakkan.

“bila selesai mengundi, kami bawa senarai nama pengundi muda untuk menuntut baki bayaran yang dijanjikan, (sebaliknya) seorang orang kuat Umno setempat telah mengoyak kertas senarai nama tersebut.”

“mana ada pitih! Awok mung bukan ngundi BN! Tipu blako! Kalu mung ngundi, mana buleh saluran muda kita kalah!” ujar Pok Ja menceritakan kembali kata-kata pemimpin Umno setempat itu.

Menurut Pok Ja, pemimpin Umno itu marah dan kecewa apabila mendapati rata-rata peti undi saluran orang muda telah kalah, walau beliau dan beberapa kawannya telah diperdaya dan mengundi BN.

Oleh itu, beliau yang berasa bersalah, menyatakan kekesalan dan meminta maaf kepada calon PAS Dun tersebut, Dr. Azman Ibrahim.

“Nyesal sungguh kami bui undi ko BN! Akhirnya kena tipu. Mintak maaf banyok-banyok ko calon Pas. Dia orang baik, cuma kami gelap mato dengan pitih…” Sambung anak muda yang ditemui tersebut dengan nada kesal.

Ulasan