Personaliti TV, Kebajikan dan Kekuatan Parti Menyumbang Kemenangan

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/takiri.pngKUALA NERUS - Setiausha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali at-Takiri mengucapkan terima kasih kepada semua warga parlimen Kuala Nerus yang telah menyokong dan mengundi beliau dalam pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) pada Ahad lalu, sehingga beliau mejaya mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Batuk Mohd Nasir ibrahim Fikri

"Pertamanya saya nak mengucapkan terima kasih kepada semua warga Kuala Nerus yang menyokong saya hingga dinobatkan ahli parlimen Kuala Nerus.

"Kemenangan ini adalah bukan milik saya  tetapi milik semua warga Kuala Nerus dan InsyaAllah dengan kemenangan ini saya akan tunaikan apa yang diamanahkan kepada saya,"ujarnya ketika ditemui di pejabat Parlimen PAS Kuala Nerus, di sini pada Isnin 6 Mei.

Beliau berharap dengan kemenangannya itu, lebih ramai lagi warga Kuala Nerus, yang akan bersama dengan PAS dalam misi dan juga visi yang beliau laksanakan nanti dan menegaskan, kemenangan yang dicapainya adalah berkat usaha dan doa seluruh petugas dan hasil kerjasama pelbagai pihak

"Kemenangan ini adalah berkat dan doa seluruh (warga) Kuala Nerus, petugas yang bertugas dalam PRU pada kali ini. Dan hasil kerjasama semua pihak dikalangan DAP (dan) dikalangan NGO, di antara kawan-kawan sahabat dan kepada semua,

"saya ucapkan jazakumllah khairan semoga Allah balas ganjaran baik untuk kalian semua InsyaAllah,"ujarnya.

Mengulas kemenangn itu, beliau berkata, selain sokongan dan dokongan ahli-ahli PAS, faktor beliau berkhidmat memberikan rawatan perubatan Islam dan sebagai seorang Ustaz yang selalu muncul di kaca Televisyen turut menyumbang kepada kejayaan.

"Kalau mengikut kepada pola pengundian kalau kita 'check' dari awal hingga akhir jumlah undi pada saluran pada 'UPU' saya lihat di situ faktor peribadi juga saya rasa menyumbang mungkin sebab saya dah pernah keluar TV (dan) dikenali juga di kalangan masyarakat faktor dikenali itu menyumbang juga,

"di samping (itu) barangkali pendekatan kemasyrakatan yang saya ambil contohnya menggunakan pendekatan menziarah orang sakit dan merawati mereka dengan kaedah rawatan perubatan Islam, saya rasa ia memberi kesan yang besar kepada pengundi,"jelasnya.[Lihat Video]

Beliau juga tidak menafikan gelombang kebangkitan anak-anak muda yang berlaku di seluruh negara adalah faktor utama kemenangan beliau di kuala Nerus.

"kalau saya lihat contohnya di DUN Teluk Pasu, saya saya boleh menang hingga 600 undi, kemudian di Seberang Takir pun saya dapat undi yang lebih daripada undi biasa PAS dan kita dapat 'cover' undi pos sebab di peringkat parlimen undi awal ni saya menang 6500 (undi) lebih kurang, Dato' Nasir (calon BN mendapat) 5900,

"cuma kekalahan nya di DUN Seberang Takir datang undi pos kalah kat situlah tapi kita cover balik undi kita dari (Dun) Teluk Pasu 600 undi dan undi (Dun)Tepoh dan undi (Dun) Bukit Tunggal,"ujarnya.

Beliau menegaskan, prinsip berparti merupakan 'anak kunci' kepada kejayaan kerana menurutnya, keputusan PRU-13 menunjukkan bahawa calon-calon bebas tidak diterima oleh masyarakat.

"kesimpulan yang saya dapat buat (ialah) tentang prinsip parti......... itu adalah anak kunci yang besarlah, kerana di Malaysia kelebihan parti itu tetap memainkan peranan yang besar (kerana) untuk calon bebas tidak diterima di Malaysia.......calon mesti ada prinsip parti.

"Kita di pihak PAS tentulah PAS maknanya prinsip parti yang kuat ditambah dengan prinsip peribadi. Jika dapat gabung(kan) dua elemen ini InsyaAllah ia akan membuahkan kemenangan,"ujarnya.

Ulasan