KUALA TERENGGANU
- Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Manir adalah kerusi yang sangat
diimpikan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN), dengan pelbagai projek
pembangunan 'jutaan ringgit' telah 'dicurahkan' ke kawasan tersebut
Namun sebaliknya, keputusan pilihanraya umum kali ke-13 pada Ahad 5 Mei lalu, bukan sahaja menobatkan kemenangan, malah meningkatkan majoriti undi yang diperolehi oleh calon PAS, Ustaz Hilmi Harun.
Apakah rahsia kekuatan Ustaz Hilmi, sehingga dapat menumbangkan 'Pak Usop' dan mencatat sejarah 'Manir Baru'? Sekaligus, Manir dilihat bertambah kebal dari segala macam senjata pembangunan dan 'suapan' wang ringgit!
Menurut Hilmi, Dun Manir bukan sahaja berhadapan dengan 'kekuatan' jentera Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau pun jentera Umno peringkat negeri Terengganu.
Bahkan kehadiran silih berganti, Perdana Menteri dan Timbalannnya ke Dun tersebut menunjukkan Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Manir terpaksa menghadapi jentera Umno dari peringkat Pusat.
"Jadi oleh kerana kebetulan kerusi (Dun Manir) yang sangat diingini oleh UMNO (dan) Barisan Nasional..........kami di peringkat DUN bukan sahaja menghadapi pihak JKKKK atau pun pihak UMNO negeri, tapi kami di peringkat Manir ni lebih berhadapan dengan UMNO bahagian (peringkat) pusat.
"jadi.....kalau kita tengok di situ (ada) kekuatan (Umno-BN)...........dipersoalkan kenapa saya (yang baru) pulang tiba-tiba mendapat kepercayaan dan mandat daripada pengundi Manir,"ujarnya dalam sidang media bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pada Selasa 7 Mei.
Beliau berkata, projek yang paling berjaya yang dilakukan oleh wakil rakyat sebelumnya, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato' Ustaz Harun Taib, yang merupakan ayaahandanya, adalah projek pembangunan insan.
Katanya, selama lima penggal Dun Manir dikuasai PAS, ia berjaya mendidik para pengundi Manir yang tetap menerima pembangunan 'material', namun memberikan undi kepada PAS yang menjadikan pengundi Manir 'kebal' dari godaan 'material duniawi'.
"Saya rasa projek yang paling berjaya yang dilakukan oleh wakil rakyat sebelum(nya) kebetulan ayahanda saya (Ustaz Harun Taib) ialah projek pembangunan insan, kita orang (Manir) membangun walaupun ada kata-kata Manir tidak berjaya (dan) Manir tidak membangun,
"tetapi dalam masa lima penggal di pegang dan diterajui oleh PAS, Alhamdulillah UMNO (dan) Barisan Nasional melimpahkan pelbagai projek ke tempat yang dikuasai PAS (dan) Alhamdulillah Manir mendapat rahmat tersebut...........dan daripada situ kita tidak perlu lagi kepada pembangunan 'material',"jelasnya.
Oleh itu, katanya, PAS Dun Manir mengambil peluang tersebut membangunkan projek pembangunan insan dengan membangunkan pusat-pusat pendidikan, dibuktikan dengan tumbuhnya Pusat-pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), sebuah Sekolah Rendah Islam dan sebuah Kolej Universiti, Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI),
Katanya, Ia menampakkan bahawa PAS lebih bersifat terbuka dan PAS bersifat 'intelektual' kerana menekankan pembangunan insan yang tidak pernah ditekankan oleh UMNO Barisan Nasional.
Ia juga, menurutnya, menjadi benteng kepada senjata 'politik wang' yang digunakan oleh Umno, walau pun sesetangah pihak mendakwa tidak ada bukti, namun ia sudah menjadi 'rahsia umum' yang diketahui ramai.
"semua orang tahu perkara ini 'politik wang' merupakan sesuatu perkara yang menjadi amalan di dalam mana-mana pilihanraya, PRU-13 lebih-lebih lagi dan ini adalah faktor yang buat UMNO pening...........UMNO-BN pening dan macamana nak ganti orang PAS (kerana) pendokong dan penyokong PAS yang lebih memberikan kepercayaan kepada pihak-pihak dan ulamak-ulamak yang berada di dalam PAS,
"Alhamdulillah semenjak daripada 80-an kalau dulu (payah) nak tengok pembangunan insan di mana dulunya orang kampung yang lebih kepada aktiviti-aktiviti harian (umpamanya) mereka 'berlaga ayam' dah (ia telah) tiada sekarang,"katanya lagi. [Lihat Video]
Justeru, menurutnya, itulah projek yang menjadikan Dun Manir 'kalis Umno', dan beliau mengharapkan PAS dapat memberikan 'fokus' pembangunan insan di tempat-tempat lain diseluruh Terengganu dan Malaysia amnya.
Pada PRU-12 tahun 2008, calon PAS Ustaz Datuk Harun Taib telah menang dengan majoriti 432 undi apabila beliau mendapat 5,336 undi, manakalanya lawannya calon BN, Wan Sagar Wan Embong mendapat 4,904 undi.
Pada kali ini, PRU-13, Ustaz Hilmi telah mendapat 6, 873 undi, manakala lawannya dari BN Yusof Awang Hitam mendapat 6,285 undi, menjadikan majoriti PAS meningkat kepada 588 undi.
Pada PRU-11, tahun 2004, Dun Manir mendapat majoriti 310 undi, merupakan satu daripada empat Dun yang dapat dipertahankan oleh PAS, apabila BN melakukan 'manupulasi' dalam pilihanraya yang menyebabkan kerajaan PAS 1999-2004, tumbang.

Ulasan