Runtuhnya Masjid Binjai Kertas; Ulang Tahun Perobohan Masjid Bujal Ke 8

http://www.buletinonline.net/v6/images/stories/berita26/rtb%20bujal%20roboh%20masjid%20009.jpgKUALA TERENGGANU - Bumbung masjid Kampung Binjai Kertas di Kuala Berang yang runtuh semalam, Isnin 20 Mei, mengingatkan kita kepada peristiwa zalim yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan nasional (BN) Terengganu, pada lapan  tahun yang lalu.

Ramai pihak juga yang mengaitkan, rentetan binaan dan bangunan yang roboh dan runtuh, sejak perobohan masjid Bujal pada tahun 2008 itu, adalah kejadian 'bala' yang menimpa, kerana Umno-BN telah mengkhianati rumah Allah, masjid Bujal yang menjadi tempat ibadat, tempat rukuk dan sujud penduduk RTB Bujal kepada Allah SWT.

Pada jam lebih kurang 2.30 petang, 26 Mei tahun 2005, Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu dengan rakus telah merobohkan masjid di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal Kijal, dibantu jentera kerajaan dan anggota polis.

Ia adalah kemuncak kezaliman kerajaan BN negeri Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Idris Jusoh, seolah-olah Allah memberi peringatan kepada semula kepada kita, sebaik Idris yang baru dilantik sebagai Menteri di peringkat persekutuan baru-baru ini.

Paling menyedihkan, masjid di RTB dinamakan sebagai 'Desa Makmur' itu adalah hasil derma dan sumbangan jariah orang ramai, telah 'hancur' menjadi mangsa nafsu 'serakah' pemimpin Umno Terengganu.

Ia dibina di atas lot PT 3294 yang dikhususkan sebagai tapak 'surau' dalam Pelan Susunatur Perumahan Kampung Bujal sebagaimana diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 3 Ogos 2003. Satu lot lagi untuk pembinaan surau ialah di PT 3297.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/rtb%20bujal%20002.jpgPelan susunatur RTB tersebut telah menyediakan 363 unit tanah dan kerajaan PAS telah membahagikannya kepada 125 orang peserta, satu jumlah yang jauh melebihi cukup bilangan seramai 40 orang, yang menjadi syarat untuk mendirikan solat Jumaat.

Para peserta RTB membinanya dengan niat membangunkan bangunan itu sebagai sebuah masjid untuk beriktikaf, dengan dibina mehrab di bahagian hadapan masjid tersebut.

Ia juga turut dilengkapi dengan kemudahan lain, seperti pembinaan kolah tempat mengambil wuduk serta lantainya dilengkai jubin, diatur sesuai membentuk saf untuk menunaikan solat.


Sidang Dun Sahkan Masjid Bujal Adalah Sebuah Masjid

Sidang Dun Terengganu pada 23 Ogos, 2008, telah mengesahkan masjid Bujal sebuah masjid dan menolak dakwaan Umno-BN bahawa ia adalah sebuah markas PAS.

Bekas Adun Manir Dato’ Harun Taib menyifatkan usul perobohan bangunan di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bujal, yang dibawa Adun Kemasik, Dato’ Mohamad @ Abu Bakar Ali sebagai usul yang bercelaru.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/rtb%20bujal%20003.jpgKecelaruan timbul apabila usul yang dibawa itu sepatutnya membincangkan isu perobohan terhadap markas PAS di penempatan RTB Bujal, sebaliknya apa yang berlaku, perbahasan usul itu telah bertukar dari isu perobohan markas PAS kepada isu perobohan Masjid Bujal.

“Saya ucapkan terima kasih kepada wakil Kemasik yang telah mengemukakan usul ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas ucapan dan penerangan yang diberi oleh wakil Tepoh ( ketikan itu Muhammad Ramli Nuh) yang panjang lebar untuk menegakkan benang basah yang dilakukan oleh kerajaan itu.

“Usul ini ada sedikit kecelaruan sebab dari apa yang dibentangkan oleh wakil Kemasik ialah isu perobohan terhadap markas PAS di Kampung Bujal dan selari dengan apa yang dikemukakan oleh wakil Kijal (Dato’ Ahmad Said) semasa menjawab soalan lisan daripada wakil Kemasik, yang mengatakan tidak ada masjid dirobohkan tetapi yang diroboh adalah markas PAS.

“Tiba-tiba dalam perbincangan ini bertukar (daripada soal) markas PAS dan timbul pula roboh masjid,” ujar Ustaz Harun ketika membahaskan usul tergempar itu.

Adun Tepoh dan Adun Kijal telah mengemukakan hujah, mengapa bangunan yang dirobohkan itu tidak boleh dinamakan dan tidak layak dipanggil sebagai masjid, kerana menurut meraka, ia dibina tidak mengikut peraturan dan syarat-syaratnya.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/rtb%20bujal%20004.jpgUmno-BN bukan sahaja menimbulkan soal tersebut sidang Dun, tetapi dalam ceramah di merata tempat awam, mereka mendakwa bangunan itu tidak layak dipanggil masjid kerana ia dibina tidak mengikut peraturan dan syarat-syaratnya.

Sebaliknya, Ustaz Harun berkata, gambar bangunan yang ditunjukkan tersebut jelas menunjukkan ia adalah sebuah masjid kerana markas PAS tidak ada 'mehrab' iaitu tempat imam mengimamkan para makmum ketika bersolat.

“Gambar yang ada pada saya (ia adalah) masjid dan ada ‘mehrab’ dan (sebaliknya) markas PAS tidak ada mehrab. Wakil Tepoh tidak pergi tengok masa dirobohkan sebab itu tidak dapat gambaran yang jelas,” ujarnya.

Katanya, persoalan sama ada telah membuat permohonan bagi membina masjid atau belum, itu perkara kedua kerana masih banyak bangunan yang didirikan sebelum permohonan dibuat oleh pemiliknya.

Ustaz Harun yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sekali lagi menegaskan mengikut penduduk kampung tersebut yang mereka bina itu adalah masjid tempat beribadat yang mempunyai mehrabnya tersendiri.

Katanya, jika masjid berkenaan tidak ada kebenaran hendaklah diberi kebenaran serta panduan kepada penduduk setempat agar membuat permohonan kepada pihak kerajaan, bukan kerajaan bertindak merobohkannya.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/rtb%20bujal%20008.jpgMenurutnya, ketika kerajaan PAS memerintah, orang-orang Umno di Kampung Gelong Gajah telah mendirikan sembahyang Jumaat berasingan disebuah rumah kosong yang dianggap sebagai masjid.

Tetapi, kerajaan PAS tidak merobohkan, malah memberi kebenaran kepada mereka untuk terus menunaikan ibadat dibangunan itu.

“Masa kita (PAS) jadi kerajaan dahulu pun ada orang Umno buat surau tetapi kita tidak bertindak merobohkan bangunan itu seperti di Gelong Gajah. Orang tempat itu mengadakan sembahyang Jumaat dan Masjid Padang Kemunting dekat dengan rumah dia. Rumah orang dia (Umno) buat sembahyang Jumaat.

“Bila kita (kerajaan) tanya kenapa buat sembahyang Jumaat dan macam-macam alasan diberi. Dia kata saya buat (rumah) dulu niat hendak buat masjid walau pun dalam bentuk rumah. Kerajaan pada masa itu yang bertanggungjawab, bersimpati dan memahami keadaan,"ujar Ustaz Harun.

Ulasan