- Pagar Padang Sintetik Terbalik dan Runtuh
KUALA NERUS –Padang sintetik di Kampung Tok Jiring dekat sini telah digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak beberapa minggu lalu walaupun ia belum dibuka secara rasmi.
Di atas pagar, sekiling padang itu penuh dengan bendera dacing dan yang paling berat adalah disangkutkan kain rentang bersaiz billboard gambar calon Umno-BN bagi kerusi N.09 Dun Tepoh.
Pagar tersebut runtuh dalam hujan lebat dan anging kencang pada jam 9.00 malam 1 Mei, 2013, setelah kira-kira dua jam Perdana Menteri Najib razak meninggalkan Kuala Terengganu.
Entah apa nasib malang yang menimpa, ketika skuad BO membuat tinjauan di lokasi sebuah kereta peronda polis berhenti dan keluar seorang anggota yang tiba-tiba berkata,”maaf cakap...........ni tanda-tanda BN nak runtuh,”.
Sementara itu, ketika mengulas kejadian tersebut Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Hishamuddin Abdul Karim melahirkan rasa kecewa kerana padang tersebut yang bernilai RM1.1 juta telah pun rosak, sebelum sempat dirasmikan.
“saya ingin mengambarkan rasa kekecewaan atas apa yang berlaku khususnya dengan kos pembinaan padang sintetik bernilai RM1.1 juta dibawah Kementerian Sukan,
“kedudukan pagar sintetik tersebut telah menimpa ke atas padang sintetik adalah merupakan diantara dari segi keruntuhan yang berlaku di peringkat negeri Terengganu,”ujarnya ketika ditemui lewat malam semalam. [Lihat Video]
Berikutan dengan perkara ini, reapons awal beliau mendakwa, kejadian disebabkan oleh pembinaan pagar tersebut yang tidak kukuh.
“saya dapat menyaksikan pembinaan tidak begitu kuat boleh membahayakan keselamatan pengguna padang tersebut (mujur) yang berlaku pada waktu malam, cuba kita bayang kalau berlaku pada waktu petang, ketika mana ramai yang guna padang tersebut,”jelasnya yang turut bergegas menlawat lokasi sebaik dimaklumkan kejadian ‘runtuh’ itu.
Menurutnya, beliau pernah mengeluarkan kenyataan berhubung pembinaan padang sintetik itu, yang dikesan terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salah laku.
“Jadi, saya minta supaya diadakan satu siasatan yang menyeluruh daripada pelbagai sudut dengan(ekoran) keruntuhan pagar sintetik ini, pihak berkuasa untuk (mesti) mengambil tanggungjawab sebab dia melibatkan harta benda kerajaan dan juga melibatkan nyawa, keselamatan masyarakat.
“Jadi, saya rasa cukup kecewa dengan pengurus tadbir pihak kerajaan yang nampak tidak serius dalam sudut pembinaan padang sintetik ini. Saya telah keluarkan satu kenyataan (berkait pembinaan) padang ini ditujukan aspek yang tidak menepati spesifikasi ditetapkan oleh FIFA padang yang minimum saiz.
“Kemudian , setelah kita sebut maka, padang sintesik ini dilebarkan balik luas di bahagian tepi. Dan kini, dia melengkapkan apa yang kita seringkali sebut , ada sesuatu yang berlaku disebalik padang sintetik ini,”tegasnya.

Ulasan