KUALA TERENGGANU
- Kehadiran ramai Adun di kalangan orang muda PAS akan menjadikan
Persidangan Dun Terengganu penggal ini, lebih menarik dan lebih panas
apabila empat dari lima orang calon Dewan Pemuda PAS Terengganu menang
di kerusi Dun pada pilihanraya umum kali ke-13 baru-baru ini.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan, kehadiran 'tenaga muda' tersebut akan memberikan 'orang lama' sepertinya sedikit masa untuk berehat kerana lebih banyak ruang berhujah dan berdebat akan diberikan kepada mereka.
Beliau berharap 'pemikiran orang muda' dari Adun PAS akan meningkat kualiti perbahasan Dun kepada lebih baik dan mengubah trend politik masa depan kepada 'politik bermaklumat'.
“Insya’Allah, kita (PAS) ada ramai suara orang muda yang jadi Adun dan saya boleh berehat sikitlah. Cuma saya harap peluang yang diberikan ini digunakan sebaik mungkin dan mereka (Adun) perlu berkhidmat dengan baik.
“Mereka mesti jadi Adun yang baik dan wakil rakyat yang baik. Ini tugas mereka sebagai Adun dan peranan mereka dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) nanti. Di kawasan masing-masing, saya harap mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan,” ujarnya.
Menurutnya, medan perbahasan dalam Persidangan Dun akan menjadi lebih sengit kerana PAS kini mempunyai '15 suara' berbanding hanya '8 suara' pada penggal yang lalu.
Dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali memberi peringatan kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) agar tidak mengambil sikap 'sambil lewa' dan 'lebih kurang' dalam sebarang perancangan atau jawapan yang dikemukakan pada sidang Dun.
Selain jumlah Adun PAS dan Pakatan Rakyat yang hampir menyamai jumlah Adun BN dalam Dun, tenaga-tenaga muda PAS pastinya tidak akan 'duduk diam' melihat perkara yang tidak sewajarnya berlaku dalam sidang Dun.
Bercakap dalam ceramah kesyukuran di Pengkalan Berangan semalam Sabtu 18 Mei, Yahaya berkata empat pemuda PAS akan mewakili suara perubahan orang muda iaitu Ketua Pemuda, Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku Adun Bukit Payong, Timbalan Ketua Pemuda Ustaz Ridzuan Hahim Adun Teluk Pasu, Exco Pemuda Ustaz Hishamuddin Abdul Karim di DunTepoh dan Ustaz Hilmi Harun di Dun Manir.

Ulasan