Tanah SRI Darul Bayan; Mahkamah Putuskan Keputusan MMKN Terengganu Tidak Sah

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/sidang%20media%20darul%20bayan.jpgKUALA TERENGGANU - Dakwaan pihak Sekolah Rendah Islam (SRI) Darul Bayan, seseungguhnya kerajaan Umno-BN zalim kerana membenarkan lima orang ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Kampung (JKKK) adalah benar, apabila mahkamah pada hari ini menyebelahi tuntutannya.

Mudir SRI Darul Bayan Ustaz Che Wan Mustafa Che Wan Kaman berkata pada awal 2012, pihak kerajaan negeri telah memaklumkan  sebahagian daripada tanah yang kita dapat pada tahun 2002 telah diserahkan kepada lima orang JKKK terdiri daripada Pengerusi JKKK Kampung Limbong,  isteri Naib Pengerusi JKKK dan tiga orang ahli JKKKK Kampung Limbong.

"Lantaran itu kita pihak (SRI) Darul bayan telah mengambil tindakan mahkamah engan kita melantik peguam (tetuan) Mazwan, Naza & Co. bagi pihak kta bagi memperjuangkan tanah yang telah dirampas oleh kerajaan negeri yang telah diberikan kepada lima JKKKK,"ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakan di sini, hari ini Rabu 8 Mei, dan memberitahu, hakim telah mengangguhkan keputusan mahkamah sejak bulan Februari 2013 sebanyak tiga kali. [Lihat Video]

Namun begitu, beliau bersyukur kerana katanya, hakim Datuk Yazid telah membuat keputusan memihak kepada SRI darul Bayan pada hari ini.

"Alhamdulillah, pada hari ini hakim Datuk Yazid telah membuat keputusan memihak kepada Darul Bayan Development atau pun SRI Darul Bayan degan alasan bahawa pemberian tanah kepada lima JKKK adalah tidak adil,

"dan mahkamah pada hari ini telah memutuskan bahawa keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu yang telah memberikan tanah kepada lima JKKKK adalah tidak sah,"jelasnya.

Katanya, mahkamah juga telah membat keputusan bahawa pemberian tanah kepada lima JKKK itu adalah terbatal.

Ulasan