Teruskan Perjuangan Sehingga Keadilan DiTegakkan

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Safwan.pngPengerusi Solidariti Mahasiswa malaysia, Safwan Anang menegaskan beliau duduk sekejap dalam penjara Sungai Buloh dan keluar, walau pun pada awalnya menolak untuk dijamin, adalah untuk meneruskan perjuangan sehingga keadilan ditegakkan.

Katanya, isu utama menjadi fokusnya sekarang adalah isu penipuan dalam pilihanraya selain memperjuangkan isu royalti minyak negeri Terengganu dan Kelantan.

"sokongan rakyat tidak akan berubah, isu paling besar sekarang ini adalah isu penipuan pilihanraya.........kita teruskan...........saya rasa saya ambil langkah ini (betul) saya duduk dalam sekejap sahaja,

"saya keluar balik sebab saya rasa saya perlu keluar kerana banyak kerja yang perlu kita buat yang kita akan teruskan sehinggalah kita menegakkan keadilan, dan lawan untuk royalti,"tegasnya ketika ditemui wartawan BO, Syed Hussain Solahuddin [Lihat Video]
Beliau mengucapkan teima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya termasuk 'saing-saing' di negeri Terengganu yang terus nerdiri dibelakang beliau.

Ulasan