Undi Pos dan Undi Awal Menangkan BN di Seberang Takir

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/undi%20seberang%20takir.jpgKUALA NERUS - Walaupun masih belum mampu mencipta sejarah, Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Sebarang Takir mengucapkan syukur kepada Allah SWT dan berpuas hati dengan pencapaian dari perubahan yang berlaku berdasarkan keputusan pilihanraya umum kali ke-13 Ahad lalu.

Menurut Pegarah Operasi Pilihanraya PAS Dun Seberang Takir, Roslan Abdullah, PAS berjaya mengurangkan jumlah undi 'saluran satu' kepada Barisan Nasional (BN), sebaliknya meningkatkan sokongan pengundi muda kepada PAS.  

Beliau berkata,kejayaan terbesar PAS Seberang Takir pada kali ini adalah berjaya menang di empat daerah mengundi (Unit Peti Undi - UPU) berbanding BN yang hanya memenangi dua daripada jumlah keseluruhan, enam UPU.

Yang paling mengejutkan, kata Roslan, PAS menang di UPU calonnya Zakaria Dagang dan turut menang di UPU calon BN, Datuk Razif Abdul Rahman.

"daripada enam Unit Peti Undi (UPU), PAS berjaya memenangi empat UPU, berbanding BN yang hanya memenangi dua UPU sahaja, walaupun majoriti undi PAS terlalu kecil berbanding majoriti BN di UPU terbabit,

"(tetapi) PAS menang di tempat calonnya, Ustaz Zakaria  di UPU Teluk Ketapang (dan) mengalahkan BN tempat calonnya sendiri, DatukRazif  di UPU Kg Baru,"ujar Roslan.

Menurutnya, PAS Seberang Takir berjaya meningkatkan undi sebanyak 2,211, apabila mendapat 6,221 undi pada PRU-13 berbanding 4,010 undi yang diperolehi pada pilihanraya umum kali ke-12 yang lalu.

Walau pun berjaya mengurangkan majoriti BN sebanyak 920 undi, iaitu daripada 2,430 (PRU-12) kepada 1,510 (PRU-13), katanya, kemenangan BN masih bergantung kepada undi pos, undi polis dan tentera serta undi awal.

"yang paling penting, PAS Seberang Takir memberi sumbangan besar kepada kemenangan PAS di peringkat Parlimen Kuala Nerus. AlhamduliLlah, Allah sahaja yang mampu memberi kekuasaan dan kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki.

"Kita cuba lagi akan datang (pada PRU-14), terus berusaha bermula dari sekarang. Yakinlah bahawa janji Allah pasti akan berlaku, insha Allah!,"tegas Roslan.

Ulasan