Ustaz Hishamuddin Ajak Warga ILMAM Kenang Jasa Petugas PAS

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/Keraian%20ILMAM.jpgKUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh yang baru diisytiharkan kemenangannya, Ustaz Hshamuddin Abdul Karim berkata, lebih sukar untuk mempertahankan kemenangan daripada mencari kemenangan.

Beliau berikrar akan menggalas tanggungjawab yang diamanahkan, bagi membuktikan keupayaan untuk berkhidmat kepada masyarakat sekali menyeru semua lepada Universiti al-Azhar menjadi penyumbang kepada kejayaan pilihanraya umum ke-14 (PRU-14) kelak.



"nak kemenangan....... satu undi kita sudah menang, nak pertahan kemenangan adalah satu perkara yang susah. InsyaAllah kita akan galas tanggungjawab ini untuk membuktikan kepada rakyat Terengganu,

"kita lepasan (universiti) al-Azhar, mempunyai keupayaan untuk  berkhidmat kepada rakyat dan kita akan janjikan kita (lepasan al-Azhar) adalah penyumbang kepada PAS pada pilihanraya umum ke-14 nanti InsyaAllah,"ujarnya.

Bliau berkata demikian dalam majlis keraian makan petang yang dianjurkan oleh Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), di Gong Badak dekat sini pada Isnin petang, 6 Mei. [Lihat Video]

Menurutnya, potensi PAS untuk memenangi PRU-14 adalah cukup baik kerana PAS telah menang 15 kerusi pada PRU-13 Ahad lalu.

Walaupun begitu katanya, sasaran PAS pada PRU-13 untuk menawan kembali Wisma Darul Iman tidak tercapai kerana keputusan luar dugaan di kawasan Setiu.

Namun, beliau mengingatkan rakan-rakan ILMAM supaya mengenang jasa-jasa petugas PAS yang bersungguh-sungguh melaksanakan kerja-kerja pilihanraya.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/Hishamuddin%20Abdul%20Karim.png"Walau macamana pun keaadaan, kita kena ingat jasa baik petugas-petugas parti kita, yang jika kita nilai satu persatu perjuangan yang dibuat oleh petugas petugas parti, kita akan menitiskan air mata (melihat) pengorbanan yang mereka buat.

"Dan kita tak lupa ada satu lagi 'tips' yang cukup kuat memohon kepada Allah.......semasa kita sibuk pilihanraya, ada satu kumpulan, dia memang bentuk satu kumpulan untuk orang tua yang tidak berupaya berjalan banyak, yang tidak  berupaya duduk di tengah panas, mereka akan duduk di surau di markas, kumpulan inilah baca zikir munajat berdoa daripada pagi sampai malam,"jelasnya.

Katanya, kemenangan beliau di Dun Tepoh adalah anugerah Allah S.W.T kepada jamaah dan bukannya kepada batang tubuh dirinya.

leh itu, belau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada wakil-wakil ILMAM yang bertugas membantu kerja-kerja pilihanraya di seluruh negeri Terengganu.

"saya mewakili kawan-kawan yang lain mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkhidmat kepada mana-mana DUN, mana-mana parlimen, semoga Allah akan memberi ganjaran yang besar kepada kita semua sebagai penyumbang perjuangan Islam ini InsyaAllah,"katanya.

Beliau mengajak seluruh warga ILMAM  berazam untuk membuat perubahan yang lebih besar dalam pilihanraya umum ke-14 yang akan datang.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS neegeri TerengganuUstaz Ridzuan Hashim, calon PAS yang menang di Dun Teluk Pasu

Ulasan