Buang Sentimen Parti; JKKK Diminta Taat Titah Sultan

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Presiden%20PAS%20Titah%20Ucapan.jpgKUALA TERENGGANU - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diseluruh negeri Terengganu diseru mentaati titah ucapanSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua pihak membuang sentimen kepartian dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau menyambut baik titah Sultan Terengganu yang menyeru semua pihak bekerjasama tanpa mengira fahaman politik sewaktu bertitah sempena perasmian penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) kali Ke-13.

"Antara yang menarik dalam titah Tuanku Sultan adalah selepas pilihan raya dihapuskan sentimen fanatik politik masing-masing.

"Jadi kita minta Jawatankuasa Kemajuan kampung (JKK) supaya mudah tandatangan borang (permohonan bantuan) rakyat kerana selepas pilihan raya ini saya menerima banyak aduan rakyat yang JKK tak mahu tandatangan borang.

"Jadi perlu diselesaikan di peringkat akar umbi. Kalau akar umbi boleh selesai (pihak) atas mudah selesai," kata Ustaz Hadi kepada pihak media selepas  di Wisma Darul Iman hari ini.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/hanafiah.jpgUstaz Abdul Hadi yang juga Adun Rhu Rendang berkata, titah tuanku itu harus diberi perhatian kerana selepas Pilihan Raya Umum Ke-3 (PRU13) Mei lalu, kerana telah wujud diskriminasi terhadap rakyat kerana faktor politik.

Menurut ADUN Chukai YB Haji Hanafiah Mat, selepas pilihanraya umum ke-13 lalu, JKKK telah berhelah dan tidak mahu menandatangani borang-borang permohonan rakyat dengan alasan kononnya mereka tidak ada kuasa lagi.

"saya paling ramai orang mengadu, JKKK tak mahu tandatangan, bila saya tanya, dia (JKKK) kata MB tak beri (izin) untuk tandatangan dan dia (JKKK) sebut lagi, di tak ada kuasa,

"jadi saya juga minta MB Ahmad Said supaya dengar perintah (titah) sultan hari ini, jangan menderhaka,"ujarya ketika ditemui.

Ulasan