Empat AP PAS Terengganu Angkat Sumpah

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/angkat%20sumpah%20AP.jpgEmpat Ahli Parlimen (AP) PAS Terengganu yang telah dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat dalam ilihanraya umum kali ke-13 lalu telah mengangkat sumpah jawatan di Majlis Angkat Sumpah Dewan Parlimen pada Isnin 24 Jun.

Mereka adalah Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (AP Marang), Setiausaha Dewan Ulamak PAS Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali (AP Kuala Nerus), Yang DiPertua PAS Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly (AP Dungun) dan Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Ahmad Shah (AP Kuala Terengganu).

"Saya setelah dipilih sebagai ahli Dewan rakyat dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dan dengan sedaya upaya saya bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan saya akan memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaannya,"ujar setiap ahli parlimen ketika melafazkan sumpah mereka.

Pada PRU-13 Mei lalu, Dato' Seri Abdul Hadi telah menewaskan yang mendapat 42,984 undi menang dengan majoriti 5,124, menewaskan pencabarnya Dato' Yahya Khatib Mohamad dari BN yang mendapat 37,860.

Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali mendapat 33,861 undi, memenangi parlimen Kuala Nerus dengan majoriti 610 undi apabila mengalahkan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang mendapat 33,251 undi.

Parlimen Dungun menjadi milik PAS dengan majoriti 3,942 apabila Ustaz Wan Hassan yang mendapat 35,348 undi menewaskan veteran Umno Datuk Rosli Mat Hassan yang mendapat 31,406 undi dan calon bebas Mazlan Harun yang hanya mendapat 384 undi.

Manakala PAS merampas kembali Parlimen Kuala Terengganu apabila calon baru Raja Bahrin menang besar dengan majorriti 10,785 menewaskan calon BN
Mohd Zubir Embong yang mendapat 35,043 dan calon bebas Maimun Yusuf yang mendapat 182 undi.

Seramai 222 orang Ahli Parlimen, 133 dari Barisan Nasional dan 89 orang Ahli Parlimen dari Pakatan Paatan mengangkat supah di hadapan Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sebelum itu, dalam pemilihan memilih Yang DiPertua Dewan, Pandikar Amin telah dipilih semula, apabila memperolehi 133 undi anggota dewan berbanding bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.

Kekecohan berlaku pada pembukaan sidang parlimen ke-13 beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun membuat bantahan kepada Setiausaha Dewan Rakyat kerana proses pengundian pelantikan Speaker telah secara jelas tidak dijalankan melalui undi yang dijamin kerahsiaannya.

Ulasan