Isu Pasar Payang; Siapa Tipu Siapa?

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/memorandum%20bantahan%20pasar%20payang.jpgKUALA TERENGGANU – Sembilan puluh lima peratus (95%) peniaga di Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang) gelisah dan melahirkan rasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa memutuskan untuk merobohkan segera pasar berkenaan untuk dirikan bangunan baru diatas tapaknya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Pasar Payang, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (Raja Bahrin) berkata para peniaga di Pasar Payang kini bimbang kerana telah ada pihak individu yang datang membuat ukuran, bancian dalam pasar tersebut.

Katanya, tindakan itu boleh menjejaskan emosi rakyat terutama di kalangan para peniaga yang bakal ‘kehilangan’ tempat perniagaan yang menjadi sumber rezeki mereka.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dan simpatinya kepada para peniaga Pasar Payang dalam suasana hampir menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Kita (umat Islam) hendak puasa tidak berapa lama lagi dan hendak raya (Aidilfitri). Ini suatu perkara yang sangat menyedihkan, apabila para peniaga (Pasar Payang) kini berada dalam kebimbangan kerana tempat mereka berniaga mencari rezeki sejak sekian lama akan ‘hilang’.

“Kita (PAS) agak terkejut sehari-dua selepas Menteri Besar (Ahmad Said) mengangkat sumpah, satu arahan dikeluarkan kepada Bandaraya (MBKT) untuk menyiapkan kertas Exco untuk meluluskan projek ini secara bersegera. Kenapa kerajaan negeri begitu tergesa-gesa untuk memulakan projek ini,” soalnya.

Menurutnya, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said pula enggan bertolak ansur dengan bantahan rakyat serta mahu segera meneruskan projek bernilai RM400 juta itu.

Raja Bahrin mempersoalkan dakwaan MB Terengganu itu bahawa hanya ‘segelintir’ pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan merobohkan Pasar Payang tersebut.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/memorandum%20bantahan%20pasar%20payang2.jpgPada 20 Februari lalu, Ahmad Said berkata bantahan segelintir peniaga berhubung cadangan kerajaan negeri membina pasar baru Pasar Payang selesai apabila mereka bersetuju dengan cadangan tersebut hasil pertemuan beliau dengan pihak terbabit.

Ahmad Said mendakwa, dalam pertemuan itu yang diadakan di Seri Iman, Menteri Besar bersetuju menerima cadangan peniaga untuk menempatkan semula semua peniaga yang beroperasi di Pasar Payang ke bangunan baru setelah pembinaannya siap kelak.

Sebaliknya Raja Bahrin berkata, berdasarkan kajiselidik serta maklum balas dari pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) membuktikan bukan segelitir tetapi majoriti rakyat membantah.

Bahkan katanya, disebaliknya dakwaan Ahmad isu terbabit selesai, sebanyak 22 NGO telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri,pada 23 Februari, tiga hari selepas kenyataan Ahmad itu.

“Saya ingin mempersoalkan kenyataan Menteri Besar (MB) yang mendakwa hanya ‘segelintir’ yang tidak setuju dan bantah. Saya ada bukti sebelum ini, satu memo bantahan daripada 22 NGO juga telah dibuat dan diserahkan kepada Perdana Menteri (Najib Razak) pada tarikh 23 Februari 2013 lalu, sewaktu lawatan di Pasar Payang dan Hentian Bas MBKT.

“Kita (PAS) juga pernah kumpulkan tandatangan rakyat termasuk orang luar yang tidak setuju Pasar Payang dirobohkan dan lebih 98 peratus dari kajiselidik kita orang tidak bersetuju.

“Ini banyak bukti yang menunjukkan orang tidak setuju. Jadi kenyataan MB kata ‘segelintir’ itu kita (rakyat) tidak boleh terima kerana tidak ada bukti yang menunjukkan segelintir tetapi sebaliknya majoriti ramai tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan itu,” jelasnya.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/memorandum%20bantahan%20pasar%20payang1.jpgKatanya, pihak Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Pasar Payang juga mengambil inisiatif mendapatkan tandatangan sokongan orang ramai termasuk pengunjung luar dan pelancong.

Selain itu, kata Dato’ Raja Kamarul Bahrin lagi, isu keselamatan yang ditimbulkan sebelum ini dilihat ada keraguan berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) sendiri.

Beliau menjelaskan, berdasarkan laporan JKR pada tahun 2010 itu memang ada kerosakan pada struktur tiangnya tetapi hanya berlaku bahagian di dalam air iaitu melibatkan pasar ikan sahaja.

“Kenapa disebabkan tiang, kita (kerajaan) hendak rombak semuanya kerana kita tahu yang terlibat di bahagian air itu, hanya sebahagian dari pasar ikan. Jika tidak selamat sudah tiga tahun, sudah lama runtuh.

“Kita (PAS) ada rekod semuanya, tapi jika hendak buat juga (pasar baru) seperti mana dicadangkan (bangunan hotel dan apartmen), buatlah di tempat lain dan bukannya di tapak Pasar Payang,” tegasnya.

NGO yang telah menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada 22 Februari lalu iaitu Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Negeri Terengganu, Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu, Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kompleks Hentian Bas MBKT, Dewan Perniagaan melayu Malaysia Negeri Terengganu, Dewan Perniagaan & Perindustrian Cina Negeri Terengganu, Dewan Perniagaan & Perindustrian India Negeri Terengganu, Majlsi Belia Negeri Terengganu.

Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Persatuan Agensi Pelancongan, Pengembaraan Malaysia Cawangan Kuala Terengganu, Persatuan Sejarah Negeri Terengganu, Persatuan Peniaga-peniaga Ikan Melayu Negeri Terengganu, Persatuan Penjual Melayu Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu, Persatuan Penanam Sayur & Pengeluar Buah-buahan Negeri Terengganu, Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu, Persatuan Hotel Bajet Negeri Terengganu, Persatuan Penarik-penarik Beca Negeri Terengganu, Persatuan Peniaga Melayu Pasar Malam Negeri Terengganu, Persatuan Penjaja Melayu Pasar Malam dan Pekan Sehari Kuala Nerus, Persatuan India Muslim Negeri Terengganu, Persatuan Pembatek Negeri Terengganu, Persatuan Ibu Tunggal Negeri Terengganu dan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Terengganu Selatan.

Ulasan