KAMI Terengganu Saran Kerajaan Negeri Pakatan Jadikan Hari Laut Sebagai 'Yaumul Zikr'

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Ahmad%20Faizola.jpgKUALA TERENGGANU - Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) telah mengadakan 'Ekspedisi Media' bersama komuniti masyarakat Pulau Redang pada 6, 7 dan 8 Jun 2013 lalu, bersempena sambutan Hari Laut Sedunia.

Pengerusinya, Dr Azman Ibrahim berkata, objektif Ekspedisi tersebut adalah untuk menyelami pahit getir kehidupan 'orang laut' Pulau Redang, masyarakat yang menjadikan laut sebagai medium dan sumber mata pencarian.

Beliau berkata, Ekspedisi itu juga bagi menyedarkan orang ramai supaya mengambil berat tentang makhluk ciptaan Allah sebuah lautan, yang wajib oleh manusia selaku khalifah di muka bumi Allah ini.

"8 Jun setiap tahun yang merupakan ‘Hari Laut Sedunia’ walaupun mungkin ramai kita tidak menyedari dan mengambil berat tentangnya, (KAMI) menghargai lautan dan menyerus seluruh rakyat  memeliharanya serta segala hidupan di dalamnya,

"perlu kita kaitkan ia dengan penunaian tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di bumi ini. Mencuaikannya bermakna kita mencuaikan suatu amanah Allah,"ujarnya

[Gambar - Ahli Jawatankuasa KAMI Ahmad Faizol, memegang anak penyu sebagai simbolik sambutan Hari Laut Sedunia, sempena Ekspedisi Media KAMI di Pulau Redang]


Katanya, laut antara anugerah Allah kepada manusia yang tidak ternilai yang menjadi dua pertiga dari muka bumi, memiliki pelbagai sumber khazanah dan kekayaan dunia.

"Apatah lagi apabila merujuk kepada nisbah 2/3 muka bumi kita adalah lautan. Di sinilah sumber rezeki para nelayan, di dasarnya tersimpan khazanah emas hitam yang bernilai tinggi, mutiara yang indah, keindahan panorama di dasarnya, pulau-pulau dengan pemandangan yang memukau,

"laut juga adalah medium pengangkutan , dengan perantaraannya banyak benua dihubungkan dan pelbagai lagi nikmat dari anugerah Allah yang bernama lautan mampu disenaraikan,"jelasnya.

Beliau menyarankan, kerajaan-kerajaan negeri khususnya kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Laut Sedunia sebagai hari peringatan (Yaum al-Zikr) mengingatkan kebesaran Allah dan mempertingkatkan aqidah dan taqwa kepada Allah, menuju kepada kemanusiaan yang lebih baik

Ulasan