Kerajaan Berterima Kasih Kepada Wakil Tepoh

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Hishamuddin.jpgKUALA TERENGGANU - Kerajaan bersetuju dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kawasan Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim bahawa Projek Tebatan Banjir di Taman Perumahan Pusu Tiga adalah berjaya sementara waktu dan hanya untuk kawasan perumahan tersebut sahaja.

Ustaz Hishamuddin ketika mengemukakan soalan tambahan meminta penjelasan, adakah kerajaan sedar projek tebatan bernilai RM5.6 juta dengan membina benteng sepanjang 825 meter itu menyebabkan kawasan-kawasan perumahan sekitar mengalami bebanan banjir.

"saya bersetuju dengan wakil Tepoh (yang) menyatakan bahawa perlaksanaan projek ini cuma menyelesaikan masalah di Taman Desa Pusu Tiga dan saya ingin maklumkan pihak kerajaan telah selesai menjalankan kajian menyeluruh bagi mengenalpasti punca-punca berlakunya banjir di kawasan tersebut,"ujar Rosli.

Bahkan, beliau yang juga ADUN Kemasik mengucapkan terima kasih kepada Hishamuddin kerana memberi peringatan kepada kerajaan tentang sistem amaran yang banjir projek tersebut yang yang tidak befungsi dan penyelenggaraan yang hanya dibuat setahun sekali.

"terima kasih sekali lagi wakil Tepoh, jadi seperti yang nyatakan penyelenggaraan dibuat berkala setahun sekali dan masih lagi dibawah tempoh 'defect and liability period' dan terima kasih kepada wakil Tepoh (yang memberi peringatan),

"dan kita akan memberi perhtian yang khusus bagi memastikan penyelenggaraan yang dijalankan (dibuat) kepada mesin-mesin mengepam air, akan sentiasa berada ditahap yang optimum,"jelasnya Rosli dalam sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 bagi Penggal Pertama, di wisma Darul Iman pada Rabu 19 Jun. [Lihat Video]

Menurut rekod, kerajaan negeri Terengganu telah membelanjakan RM5.6 juta untuk membina sepanjang 825 meter benteng tebatan banjir di Taman Perumahan Pusu Tiga, Kuala Nerus pada tahun 2009.

Ia adalah bagi menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi penduduk di taman berkenaan ekoran pembinaan taman perumahan tersebut yang diluluskan kerajaan walaupun ketinggiannya adalah 'dibawah paras laut'.

Ulasan