Khidmat Ambulans Laut Pulau Redang Hanya Waktu Pejabat?

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/ambulans%20laut%20P%20redang1.jpgKUALA TERENGGANU - Penduduk Kampung Pulau Redang menggesa kerajaan menyelesaikan masalah perkhidmatan ambulans laut untuk kes-kes kecemasa yang kini hanya terhad pada waktu pejabat sahaja.

Mereka yang ditemui berkata, bagi kes-kes kecemasan diluar waktu pejabat dan pada waktu-waktu hujung minggu, penduduk terpaksa mendapatkan perkhidmatan bot bersendirian bagi mengangkut pesakit ke hospital Kuala Terengganu.

Seorang pendakwah bebas, Ustaz Mohd Hasmizi Hassan, 23, berkata, perkhidmatan yang terhad itu juga memberikan kesukaran kepada para pelancong kerana  majoriti pelancong datang ke Pulau tersebut pada hujung minggu.

"kalau ada kecemasan, lepas pukul 5 petang........orang nak bersalin ke........kemalangan ke........ penduduk terpaksa cari bot sendiri, kadang-kadang ada......kadang-kadang tak ada,

"memang pelancong ramai datang ke pulau ini pada hujung minggu, jadi kalau tak ada khidmat bot ambulans tu pada hari cuti, ada kes-kes kemalangan di laut susah juga,"ujarnya.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/ambulans%20laut%20P%20redang2.jpgBeliau berharap pihak terbabit menyelesaikan segera masalah itu kerana katanya, tidak ada makna kalau ada bot ambulans tetapi tidak boleh memberikan khidmat sepenuh masa.

Seorang pekerja rencam, Idrus Mohd Amin, 49, berkata, kerajaan jangan berkira sangat bagi memberikan khidmat di Pulau Redang kerana ia merupakan destinasi pelancongan antarabangsa yang menyumbangkan pendapatan.

Katanya, keperluan kepada khidmat bot ambulans setiap masa itu amat penting bukan sahaja kepada pelancong malah kepada penduduk kampung sendiri kerana tiada perkhidmatan doktor di Klinik Desa di Kampung Pulau Redang.

Menurutnya, masalah perkhidmatan terhad tersebut bermula sejak tahun lalu apabila pemandu tetap bot ambulans telah meninggalkan tugas tanpa sebarang notis.

Walaupun pihak jabatan kesihatan melantik seorang petugas sementara, namun beliau dimaklumkan, petugas sementara itu tidak bolh bertugas diluar masa pejabat kerana tidak boleh membuat tuntutan lebih masa.

Ulasan