Krisis Syria; Umat Islam Mesti Berhati-hati

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/khairul%20dan%20TG%20Hadi2.pngKUALA TERENGGANU - Umat Islam di seluruh dunia diminta berhati-hati menyatakan pendirian dan mengambil tindakan dalam menghadapi krisis yang melanda negara Syria, yang telah berpanjangan selama dua tahun.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan semua umat Islam, terdapat 'permainan' kuasa-kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat dan Russia dalam krisis yang dihadapi oleh umat Islam di negara Syria.

Menurutnya, kuasa-kuasa besar tersebut sedang mengheret umat Islam di negara-negara Arab dalam 'konflik mazhab' yang akan menguntungkan sekutu Amerika Syarikat, Israel.

"ada 'permainan'.........Amerika (Syarikat), Russia......... dan dia (mereka sedang) mengheret Arab dibawah (konflik) mazhab sunni dan syiah.........(akhirnya) Bashar hidup dan Israel bebas,"ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam mengulas krisis umat Islam dinegara Timur Tengah itu, ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu sebelum menghadiri Upacara Mengangkat Sumpan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) yang diadakan di Wisma Darul Iman pada Ahad 16 Jun.

Menurutnya, terdapat beberapa kepentingan Amerika Syarikat dinegara-negara Arab termasuk pangkalan tentera Amerika Syarikat di negara Arab saudi dan Qatar.

Bahkan, katanya, negara Qatar mempunyai hubungan diplomasi dengan 'negara haram' Israel.

Belau menyaakan kebimbangan, konflik mazhab yang sudah wujud sekian lama dalam Islam akan digunakan oleh pihak musuh untuk menghancurkan umat Islam.

Katanya, antara faktor yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah pada tahun 1924 dahulu adalah disebabkan perbalahan mazhab dan semangat kebangsaan Arab yang 'diapi-apikan' oleh kuasa Barat.

Menurutnya, Israel akan mengambil kesempatan ke atas kelemahan umat Islam ini dan sudah terdapat kenyataan dariapada pihak Israel yang akan menyerang Syria sekiranya mana-mana pihak dari kumpulan Islam berjaya menguasai Syria

Ulasan