Matlamat Penubuhan Kompleks Tuanku Nur Zahirah Belum Tercapai

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/KTNZ.jpgKUALA NERUS - Kerajaan perlu meningkat promosi dan menambah para peserta dari kalangan enduduk tempatan bagi menjayakan matlamat penubuhan Kompleks Tuanku Nur Zahirah (KTNZ) di Kampung Tanjung Bunut dekat sini.

Menurut Ali Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim, tindakan tersebut perlu bagi mengelakkan persepsi masyarakat tempatan bahawa Kompleks tersebut adalah satu projek 'Gajah Putih'.

"saya harap kerajaan dan Yayasan Tuan Nur Zahirah dapat meningkatkanpromosi supaya lebih ramai orang datang dan melawat Kompleks ini selain meambahkan para peserta dari kalangan penduduk tempatan,

"apabila ramai yang datang........ perniagaan sekitar akan tumbuh dan memberikan pendapatan yang lebih kepada orang kampung dan tidaklah mereka anggap Kompleks ini asing dan tidak mendatangkan faedah,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Kompleks tersebut pada Khamis, 20 Jun. [Lihat Video]

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Ustaz%20Ridzuan%20lawat%20KTNZ.pngTerdahulu, pada Rabu 19 Jun, dalam jawapan pada Sidang DUN Terengganu, kerajaan mengakui matlamat 30 hingga 40 peratus penduduk tempatan mengikuti kursus di Kompleks tersebut pada setiap sesi yang akan selama satu setengah tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan Dan Koperasi Roslee Bin Daud berkata, Kompleks yang dibina dengan kos  RM4,610,500 itu hanya mempunyai 10 orang pelatih yang mengikuti kemahiran tenun songket.

"menjawab kepada soalan tambahan itu tadi, proram dan pengisian KTNZ setakat ini iaitu dari segi pelatihnya terkini, seramai 10 orang yang telah mengikuti kemahiran tenun songket. Dari segi ketua pengarah ypu  manyarankan pada mesyuarat kesenian tersebut, setakat ini belum tercapai lagi.

"Tetapi, insyaAllah. Pendekatan dari semasa ke semasa kita akan laksanakan demi memajukan usahawan kita di negeri Terengganu,"ujar Roslee. [Lihat Video]

Ustaz Ridzuan menambah, ia adalah satu kegagalan yang amat ketara kerana sehingga hari ini, majoriti masyarakat setempat tidak tahu dan tidak menyedari apa sebenarnya aktiviti yang ada dalam Kompleks tersebut.

Ulasan