Media Salah Tanya atau Datuk Mad Jidin Salah Cakap?

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Dr%20Azman%20Pulau%20Redang.jpgSETIU - Tidak ada kaitan atau kena mengena antara kemalangan yang menimpa pelancong British, Madaline Jayne, 25 dengan faktor keselamatan pelampung 'boya' yang menjadi sempadan amaran kawasan Taman Laut di negeri Terengganu.

Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Dr. Azman Ibrahim meminta pihak yang berkaitan memberikan penjelasan, samada pihak media yang menanyakan soalan salah kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Terengganu atau Datuk Mohd Jidin Shafie sendiri yang salah cakap?

Dr. Azman berkata kemalangan yang menimpa pelancong itu dilaporkan berlaku di luar kawasan keselamatan Taman Laut Pulau Perhentian.

Oleh itu, beliau berkata, komen Datuk Mohd Jidin adalah tidak relevan dan implikasinya boleh memberikan pandangan negatif kepada sektor pelancongan negeri Terengganu dan negara Malaysia.

"saya tak pasti......samada pihak media yang salah tanya atau Datuk Mad Jidin yang salah cakap.........sebab kejadian yang berlaku di Pulau Perhenian itu sudah dijelaskan berlaku di luar kawasan keselamatan, bermakna di luar kawasan yang ditanda dengan pelampung 'boya',

"jadi tidak timbul soal sistem 'boya' tersebut tidak cukup selamat sebagaimana yang didakwa,"ujarnya ketika diemui di jeti pelancongan Pulau Redang dekat sini pada petang Jumaat, 7 Jun. [Gambar - dua dari kanan]
Beliau berkata demikian ketika diminta memberi komen tentang kenyataan Datuk Mad Jidin yang di siarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris versi 'atas talian' berhubung perkara tersebut.

Akhbar tersebut memetik Datuk Mad Jidin dilaporkan berkata bahawa sistem amaran 'boya' di Taman Laut tidak 'mencukupi' bagi menjamin keselamatan para pengunjungnya.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Setiu berkata, sebagai pengguna khidmat Taman Laut tersebut, beliau tidak nampak sebarang masalah kepada sistem amaran itu.

"saya juga turun menyelam di Taman laut Pulau Redang dan saya dapati orang ramai menjarakkan diri dengan pelampung 'boya' dantak ada masalah dengan sistem amaran itu,

"pengusaha sektor pelancng memaklumkan waktu puncak cuti sekolah minggu lalu, lebih 3,000 orang berada dalam atu-satu masa di dalam kawasan keselamatan Taman Laut tanpa sebarang masalah,"jelasnya.

Beliau turut memberikan ingatan kepada Adun Permaisuri itu supaya memberikan kenyataan yang lebih berkati-hati dan teliti kerana katanya, setiap perkata Datuk Mad Jidin selaku Exco kerajaan menjadi panduan kepada rakyat.

Menurutnya, pada minggu lalu, Datuk Mad Jidin turut mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Menteri Besar negeri Terengganu Dato' Seri Ahmad Said, berhubung isu Pasar Besar Kedai Payang.

Katanya, Ahmad Said menegaskan kes Pasar Payang sudah muktamad dan perobohan Pasar Payang akan dilakukan segera bagi membina pembangunan baru atas tapak pasar tersebut

"tiba-tiba Datuk Mad Jidin kata, rundingan masih terbuka? jadi siapa yang kan bertanggungjawab kepada rakyat atau ia memang satu niat untuk mengelirukan rakyat negeri Terenggani,"soal beliau.

Ulasan