KUALA TERENGGANU
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Wan Hapandi Wan Nik menyeru
kepimpinan dan para pegawai kerajaan supaya berlaku adil kepada semua
lapisan masyarakat dan memberikan segala bentuk bantuan kepada rakyat
yang benar-benar layak untuk menerimanya.
Menurutnya peruntukan bantuan kewangan dari Yayasan Terengganu sepatutnya diberikan kepada anak-anak yang mahu melanjutkan pelajaran tetapi sebaliknya dinafikan kerana karenah birokrasi dan campurtangan politik yang dilakukan oleh pimpinan Umno.
"sebab masalah sekarang ini apabila tandatangan itu dilakukan oleh wakil rakyat kita (PAS) sampai di Yayasan (Terengganu) borang itu ditolak (dan) ia menimbulkan kesusahan dikalangan rakyat,
"walau pun ia pekara (yang dianggap) kecil tetapi menimbulkan masalah kepada masyarakat kita, sebab itu kita bawa (bangkitkan) perkara ini"ujarnya.
Beliau [Gambar - memakai kot hitam] yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Sura berkata sepatutnya kemudahan infrastruktur yang disediakan kerajaan seperti balairaya, dewan-dewan, gelanggang futsal dan padang-padang awam boleh diguna pakai semua rakyat.
"tetapi apa yang berlaku dalam realiti masyarakat kita hari ini, khususnya di pihak pembangkang dinafikan (hak) untuk menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan,
"saya menerima sungutan khususnya dari kalangan remaja, mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan gelanggang-gelanggang futsal yang sepatutnya (dibenarkan),"jelas beliau ketika berucap membahaskan titah perasmian tuanku sultan dalam Sidang DUN di Wisma Darul Iman pada Rabu 19 Jun. [Lihat Video]
Bangkitan Wan Hapandi tersebut telah dijawab spontan oleh Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Rozi Mamat, yang menyatakan tidak ada sesiapa yang mengarahkan supaya borang permohonan yang ditandatangan wakil rakyat PAS ditolak.
Rozi yang juga ADUN Telemong berkata kerajaan negeri pernah mengeluarkan arahan tidak membenarkan atau menghalang kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan digunakan oleh pihak pembangkang.
"siapa dia yang timbul panjang (masalah ini) tidak timbul masalah tandatangan pun (yang ditolak) Yang Berhormat Yang DiPertua.....berkait dengan saya gelanggang-gelanggang futsal ni,
"kita kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan arahan pun (tidak membenarkan) saya rasa ini kes terpinggir, saya rasa ini satu fakta yang tidk betul dalam dewan yang mulia ini,"katanya.

Ulasan