Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Besut Adalah Amat Penting

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/pc%20270613.pngKUALA TERENGGANU - PAS menyifatkan semua pilihanraya adalah penting, namun PRK Kuala Besut yang bakal diadakan menjadi lebih penting memandangkan kedudukan kerusi PAS dan BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu masakini hanya berbeza dua kerusi sahaja.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata PAS kan bekerja kuat bagi memastikan kemenangannya dalam PRK Kuala Besut.

"ia amat penting (walaupun) kita anggap semua pilihanraya penting, (pilihanraya umum dan) pilihanraya kecil pun penting, tambah-tambah dalam keadaan negeri Terengganu sekarang

"bila jumlah pemilikkan kerusi itu ada (hanya berbeza) dua, kalau (PAS) menang akan menjadikan jumlah yang sama......jadi ini (PRK Besut) signifikannya lebih.....pentingnya kebih dari (yang lain), jadi kita akan bekerja kuat untuk memastikan kita akan mencapai kemenanngan,"tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Ibai selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu, di sini Khamis 27 Jun.

Turut sama dalam sidang tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya I YB Ustaz Satiful Mamat, Setiausaha Haji Yahaya Ali dan Penolong Setiausaha yang juga ADUN Chukai YB Haji Hanafiah Mat.

Ulasan