Selepas Menggegar DUN; Isu Pasar Payang Akan Memanaskan Sidang Parlimen Pula

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Raja%20bahrin%20memo.jpgKUALA TERENGGANU - Isu perobohan Pasar Besar Kedai Payang yang telah menggegarkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)Terengganu dijangka akan memanaskan Sidang Parlimen yang akan bermula Isnin 24 Jun, minggu hadapan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Datuk Kaamarul Bahrin Shah berkata, ia adalah isu penting kerana beliau mendapat maklumat kementerian pelancongan telah memberikan satu peruntukan kepada pasar payang untuk baik pulih.



Namun menurutnya, kerajaan Umno Terengganu bukan hanya tidak membaik pulih, tetapi mahu merobohkan pasar warisan tersebut.

"dari segi isu tempatan yang saya rasa penting adalah isu pasar payang dimana saya telah kemukakan persoalan tentang status pasar payang kerana difahamkan kementerian pelancongan telah memberikan satu peruntukan kepada pasar payang untuk baik pulih.

"ini adalah satu petanda bahawa kerajaan persekutuan mengiktiraf pasar payang sebagai sebuah warisan negara bukan negeri dan kalau sedemikian apakah pendirian kerajaan persekutuan tentang rancangan kerajaan negeri untuk merobohkan pasar payang,"ujarnya ketika ditemui.

Pada Selasa 18 Jun lalu, usul berhubung isu tersebut yang dibawa oleh ADUN Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong, walau pun ia adalah satu isu tertentu, segera dan perlu diselesaikan oleh kerajaan.

Ketika sesi penggulungan Sidang DUN pada petang 19 Jun, Menteri Besar Ahmad Said cuba menjustifikasikan isu perobohan Pasar Payang dengan memberi pennjelasan yang 'menghalalkan' tindakan kerajaan Umno itu.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Dr.%20Syed%20azman%20Usul.jpgNamun ia telah disanggah oleh Dr Syed Azman yang bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

"Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.

"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.

Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.

Sedangkan pada waktu Sidang DUN rehat tengah hari itu itu, wakil Jawatankuasa Bertindak Pasar Payang dan Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Negeri Terengganu telah menyerahkan dengan tangan dan bersemuka, satu memorandum kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said di lobi Dewan Undangan Negeri.

Memorandum tersebut diserahkan oleh jurucakap jawatankuasanya, Jeffry Jahid kepada Ahmad di pekarangan Dewan Utama Wisma Darul Iman sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) berhenti rehat untuk makan tengah hari.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Jefri%20serah%20memo.jpgDato’ Seri Ahmad dilihat menerima memorandum tersebut tanpa bercakap panjang dengan Jeffry sebelum berlalu ke tingkat 18, Wisma Darul Iman.

Encik Jeffry,40, pada sidang media bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat selepas menyerahkan memorandum itu berkata, pihaknya menuntut kerajaan negeri mengkaji semula keputusan melaksanakan projek tersebut selain menuntut pendengaran awam dilakukan.

"Kita (peniaga) minta pihak Menteri Besar kaji balik keputusan dan kalau boleh diadakan pendengaran awam supaya rakyat boleh mendengar sendiri penjelasan kerajaan.

"Saya sebagai peniaga di situ sudah bertahun-tahun tidak mahu hilang punca pendapatan bila Pasar Payang dirobohkan dan dibina yang baru yang sudah tentu sewanya meningkat," ujarnya. [Lihat Video]

Sebelum ini, katanya para peniaga di Pasar Besar Kedai Payang beranggapan kerajaan negeri mahu membaik-pulih pasar tersebut dengan mengekalkan bangunan asal.

Namun, kata beliau, hasrat kerajaan sebenar mahu meroboh Pasar Payang serta membina bangunan hotel lima bintang dan aparment mewah.

“Pasar (Payang) baru itu dibina bersekali dengan bangunan hotel dan aparment. Ini (cadangan) yang kami (peniaga) tidak setuju kerana akan hilang Warisan Sejarah Terengganu,” jelasnya.

Ulasan