Umno Tidak Membela Agama; Anjur Maksiat DiAmbang Ramadhan

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/konsert%20dikir.jpgKUALA TERENGGANU - PAS kesal tindakan kerajaan Umno Terengganu yang menganjurkan pesta maksiat dalam tempoh hanya kira-kira tinggal sepuluh hari lagi umat Islam seluruh dunia akan bertemu dengan bulan yang penuh berkat, keampunan dan rahmat dari Allah SWT, Ramadhan al-Mubarak.

Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu (DPPNT) melahirkan dukacita atas penganjuran 'Konsert Dikir Barat' yang melibatkan seorang artis perempuan yang 'seksi' dalam program sempena Karnival PMINT 2013 di pantai Batu Burok Kuala Terengganu.

"kita sangat dukacita kerajaan (UMNO) Barisan Nasional dibawah pimpinan Dato' Seri Ahmad Said buat program pesta (di) pantai (Batu Burok) yang kita dapat maklumat yang soheh (benar) ada persembahan yang melibatkan artis perempuan yang difahamkan 'seksi',

"ini menjadi satu bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak membela agama.......tidak menjaga agama,"ujar Timbalan Ketua DPPNT Wan Faizul Abbas ketika ditemui.

Menurutnya, sikap tidak peduli kepada agama Islam semakin ketara, apabila kerajaan negeri Terengganu yang ditubuhkan selepas pilihanraya umum ke-13 tidak mewujudkan potfolio agama dalam pentadbirannya.

Oleh itu, beliau mendesak supaya Menteri Besar menghentikan semua program maksiat yang dianjurkan dan yang dirancang akan dianjurkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan 'akhlak' rakyat Terengganu terpelihara.

"(skali lagi) kita sangat dukacita atas apa yang berlaku dan yang akan berlaku..........kita harap (Dato' Seri) Ahmad Said sendiri selaku Menteri Besar supaya membatalkan program dan kita desak suapay batal program seumpama ini kerana ia akan merosakkan akhlak orang-orang Islam di (negeri) Terengganu ini,"tegas Wan Faizul. [Lihat Video]

Ulasan