Wakil-wakil Rakyat PAS Hadir Upacara Angkat Sumpah ADUN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Angkat%20Sumpah%20ADUN%20PAS.jpgKUALA TERENGGANU - Semua empat belas orang wakil-wakil rakyat PAS hadir ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dalam upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku ADUN Rhu Rendang telah melafazkan sumpah pada kira-kira jam 10.25 pagi, diikuti oleh ADUN Batu Buruk YBM Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

"BismiLlahirrahmanirrahim....... WaLlahi.......WabiLlahi.......WataLlahi......... saya yang dipilih menjadi Ahli Dewan Undanga Negeri degan sesungguhnya mengangkat sumpah dan berikrarakan melaksanakan keajipan-kewajipan saya dan akan setia kepada negeri Terengganu.......",ujar Ustaz Abdul Hadi.

[Gambar - YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi tiada dalam gambar yang dirakam di Pejabat PAS Terengganu. Dr. Syed Azman terus ke Dewan Undangan Negeri manakala Haji Mohd Abdul wahid tiba selepas gambar dirakam].

Adun PAS yang pertama mengangkat sumpah ialah Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf Mempelam) diikuti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Rhu Rendang), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Batu Buruk), Satiful Bahari Mamat (Paka), Alias Razak (Bukit Tunggal).

Diikuti pula Adun PKR Azan Ismail (Bandar), Adun PAS, Mohd Nor Hamzah (Bukit Payung), Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang), Ariffin Deraman (Alor Limbat), Hanafiah Mat (Cukai), Ridzuan Hashim (Teluk Pasu), Hishamuddin Abd Karim (Tepoh),  Wan Hapandi Wan Nik (Sura), Hilmi Harun (Manir).

Terakhir mengangkat sumpah ialah Alias Harun (Rantau Abang) dan Majlis Angkat sumpah berakhir kira-kira jam 10.55 pagi.

Ulasan