130 Terima Bantuan Sempena Kedatangan Ramadhan

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Wan%20hapandi.jpgDUNGUN - Sempena kedatangan bulan ramadhan al-Mubarak, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Sura telah menyampaikan sumbangan kepada 130 orang faqir miskin dari seluruh cawangan dalam DUN Sura.

Sumbangan berupa barang keperluan harian, beras, gula, tepung, minyak masak dan kurma serta sedikit wang tunai diberikan kepada setiap seorang penerima sebagai bantuan untuk persiapan menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan.



Menurut Setiausaha MTD Sura, Mohamad Ibrahim, program tahunan tersebut dicetuskan oleh mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, yang kini adalah Ahli Parlime PAS bagi Parlimen Dungun.

"Program melibatkan faqir miskin menjelang Ramadhan ini yang dirintis oleh ADUN Sura terdahulu, Y.B. Ust Hj Wan Hassan Mohd Ramli (telah) diteruskan oleh ADUN Sura sekarang, YB Cikgu Hj Wan Hapandi Wan Nik,"ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Beliau mewakili seluruh kepimpinan PAS DUN Sura mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.

"semoga segala ibadah yang dilakukan dalam bulan berkat itu, diterima oleh Allah sebagai amal yang soleh,"ujarnya.

Ulasan