12 Julai 2013

5,000 Bersama Perarakan Mengiringi 'Che Long'

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/penamaan%20calon.jpgBESUT - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengimamkan solat hajat di Masjid Kampung Raja sebelum mengetuai perarakan mengiringi  penamaan calon PAS bagi pilihan raya kecil Dun Kuala  Besut yang diadakan di kompleks Rakan muda dekat sini.

Haji Azlan @ Endut Yusof  lebih mesra dengan panggilan Che Long turut menunaikan solat hajat, sebelum perarakan bermula pada kira-kira jam 7.45 pagi.

Antara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang turut kelihatan termasuk Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Timbalan Presiden KeADILan,  Azmin Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Sebaik sahaja selesai berdoa perarakan dimulakan dengan diketuai Presiden. Kemudian turut menyertai perararakan ke pusat penamaan calon, Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ramai lagi pemimpin lain.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/penamaan%20calon1.jpgKemudian turut menyertai sama barisan pimpinan Pakatan Rakyat di pusat penamaan calon di Dewan Rakan Muda, Pejabat Belia Daerah Besut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato ‘  Nik Abdul Aziz Nik Mat, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakub dan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa.

Kehadiran bekas Menteri Besar Kelantan itu di celah-celah orang ramai, membuatkan sebahagian yang berada di situ bertakbir beramai-ramai. Biar pun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, namun beliau tetap datang memberi sokongan. [Lihat Video]Lebih 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat termasuk yang datang dari luar Terengganu mengiring perarakan calon PAS ke dewan tersebut, yang terletak kira-kira dua kilometer dari masjid.

Perarakan diteruskan biar pun dalam keadaan hujan renyai-renyai pada sebelah pagi. Kawalan anggota Unit Amal dan pasukan polis membolehkan perarakan berjalan lancar.

Tiada ulasan:

Bertanya, Sahihkan Atau Diam

  Beberapa hari ini riuh berkenaan pembahagian bantuan kepada rakyat. Untuk isu ini, kita tumpukan perhatian bagi negeri Terengganu sahaja. ...