577 terima sumbangan MTD Paka

sumbangan paka2DUNGUN – Seramai 577 orang penduduk Dewan Undangan Negeri (Dun) Paka yang terdiri daripada fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU), anak yatim, nelayan dan guru Pasti menerima sumbangan berupa wang tunai RM 100 dan sekampit beras seberat 10 kilogram dari pihak Majlis Tindakan Dun (MTD) Paka.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Adun Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly pada Ahad 27 Julai di Dataran PGU Paka dekat sini.


Ustaz Satiful yang juga Timbalan pesuruhjaya I PAS Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program termasuk para dermawan dan seluruh ahli jawatankuasa.

Katanya, terdapat peningkatan kepada jumlah penerima sumbangan pada tahun ini bebandig tahun-tahun sebelumnya.

“Ada peningkatan jumlah penerima (pada tahun ini) berbanding dua program (serupa yang diadakan) dalam tempoh dua tahun lalu…….peningkatan berlaku mungkin kerana sekarang PAS menang di Dun Paka, dah jadi wakil rakyat, rakyat lebih senang datang mengadu hal,”ujarnya ketika berucap pada majls tersebut.

Beliau menyeru, agar semua sentiasa mendekati islam, mendalami ilmu-ilmu Islam dan seterusnya mempraktikkannya.

Katanya, Allah tidak melihat kepadad kaya atau miskinnya seseorang itu, tetapi Allah menilai dari sudut ketaqwaan dan keimanan mereka, bersesuaian dengan seruan dalam bulan Ramadhan yang dijadikan Allah untuk mencapai ketaqwaan

Ulasan