Selebriti terkenal tanahair yang kembali menghayati hidup Islam dan
aktif dengan dunia politik Islam turut serta berkempen bagi membantu
kemenangan calon PAS, Haji Endot@Azlan Yusof atau ‘Che Long’.
Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan kini turut berada di Kuala Besut bagi membantu kempen Che Long.
Ketika program Bicara Keluarga Bahagian di pentas “Jom Bersama Che Long” anjuran Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, Abby Abadi turut mengajak rakyat terutama pengundi pilihan raya kecil N1 Kuala Besut memilih Islam.
Ini kerana, katanya sama ada seseorang yang beragama Islam itu suka atau tidak mesti bersama-sama dengan dasar dan perjuangan Islam.
Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana kenal dengan perjuangan Islam setelah bersama-sama dengan PAS.
“Saya bersyukur apabila bersama dengan PAS, tahu perjuangan Islam, kenal dengan dunia politik dan membuatkan saya hendak bersama-sama dengan perjuangan Islam ini.
“Saya bersyukur di atas kesempatan ini dan menyeru kepada yang mengaku beragama Islam supaya bersama dengan perjuangan Islam. Kita kena bersama dengan Islam sama ada Islam menang atau kalah, Islam di atas atau di bawah…kita kena bersama dengan Islam dan itu yang terbaik untuk kita semua.
“Bila kita mengaku beragama Islam, sembahyang sahaja tidak cukup. Kita hidup ini untuk buat persediaan mati di akhirat dan dunia ini hanya tempat sementara sahaja,” ujarnya di hadapan hampir 500 hadirin.
Abby Abadi turut menyelar sikap pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sekian lamanya melabelkan kumpulan PAS sebagai parti ‘sesat’.
Bahkan, katanya tuduhan PAS itu sesat turut terlekat dalam kepala golongan artis yang mempercayainya.
“Saya tidak mahu bersama dengan PAS pada mulanya kerana yang ada dalam kepala saya waktu itu orang PAS ini ‘sesat’. Inilah salah satu sebab paling besar saya lawan Umno sekarang.
“Sebab dari dulu lagi orang Umno kata PAS sesat. Tapi, saya tengok orang PAS ini kuat agama tapi bila doh orang kata PAS sesat, saya takutlah. Rupanya, saya yang tidak betul dulunya.
“Sebab bila kita kata, kita orang Islam tetapi tidak ikut Islam. Kita kena ambil Islam kesemuanya dan tidak boleh separuh-separuh,” tegasnya.
Beliau menaruh harapan agar PAS diberikan kemenangan oleh Allah dalam pilihan raya ini untuk mengimbangi kuasa politik Umno-BN.
Katanya, para pengundi di Dun Kuala Besut ini mesti memenangkan Che Long bagi menjadikan Pakatan Rakyat dan BN sama kuat dengan 16-16 kerusi Dun Terengganu.

Ulasan